HOL22: Angah

1.4K 122 29
                                    

Qeen's POV

Angah?

Aku ternampak Qeen Razif yang sedang berjalan di lorong sambil didampingi oleh beberapa orang perempuan yang boleh dikatakan berpakaian seksi.

Aku terus memusing kan kereta aku ke arah tempat Qeen Razif berada.

"Angah!" Aku memanggil angah lalu keluar daripada kereta. Angah agak terkejut bila nampak aku.

"Alang, apa kau-" tanpa menunggu sesaat lagi, aku terus meluru ke arah Along lalu melontarkan sebuah penumbuk tepat di muka kacaknya.

"Alang!" dia menjerit kemarahan.

"Angah! Kau tau tak apa yang kau buat ni! Bila kau nak berubah!" aku menjerit sekuat hati aku. Aku rasa dah lebih ni langgan-langgan perempuan. Perempuan pun satu, letak maruah serendah tapak kasut LV aku. Eh, aku tengah pakai kasut sekolah sebenarnya. Apa-apa jelah!

"Razif! Lari cepat!" tiba-tiba sekumpulan lelaki yang sedang berlari dari arah belakang aku muncul dan menjerit sambil tercungap-cungap.

Serta-merta tangan aku ditarik oleh angah lalu dibawa ke dalam sebuah Van bersama dengan perempuan-perempuan yang lain.

"Apa kau buat ni!" aku menolak bahu angah dengan kuat. Aku rasa bengang dengan apa yang dia tengah buat sekarang. Kenapa perlu libatkan aku dalam benda jijik ni?

"Kau diam jelah!" angah menutup mulut aku menggunakan tangannya tapi aku menepis.

Aku hanya menunggu untuk mengetahui destinasi yang dituju. Kalau diikutkan, nak je aku terjun keluar dari van ni. Tapi apakan daya.

Selepas beberapa minit perjalanan, akhirnya van berhenti di satu tempat yang aku tak rasa bahaya pun.

"Balai polis?" aku memandang ke arah angah yang nampak tenang.

"Semua boleh keluar sekarang" segerombolan perempuan tadi terus berlari masuk ke dalam balai polis.

Aku memandang ke arah angah dengan pelik.

Atas dasar curiousity aku yang melampau, aku ikut angah dengan sekumpulan lelaki sado masuk ke dalam balai polis sekali.

"Terima kasih encik"

"Terima kasih!"

"Terima kasih sangat-sangat"

"Saya bersyukur encik"

Perempuan-perempuan tadi bertalu-talu mengucapkan terima kasih kepada angah.

Tak, apa yang tengah jadi ni?

Berjam-jam aku duduk dekat balai polis untuk teman semua perempuan ni tunggu diambil balik oleh keluarga masing-masing.

Sekali-sekala aku mengeluh. Aku ni dahla baru balik daripada camp 3 hari, penat tau tak.

"Angah, bila nak balik?" aku bertanya kepada angah yang duduk di sebelah aku.

"Kau sabar boleh tak. Siapa suruh kau sebok"

Masa berlalu dan mata aku semakin kuyu. Akhirnya aku terlelap, entah macam mana aku tidur dekat situ.

"Alang, alang. Bangun" aku rasa bahu aku di goyangkan. Kalau nak kejut aku daripada tidur, memang wajib kena goyangkan bahu aku eh?

Dengan mamainya aku masuk ke dalam van dan sambung tidur. Angin yang masuk daripada tingkap membuatkan aku lebih lena.

×××××××××××××

Hater Or Lover?Where stories live. Discover now