4|KISAH SERAM DI AMBER COURT

840 27 36
                                    

Seperti kisah yang sebelum ini. cerita yang di ketengahkan hanya sekadar hiburan sahaja sama ada benar atau tidak, itu hanya Allah Swt yang mengetahuinya.

Enjoy your reading!

play music yang ada diatas untuk menambah feel korang ketika membaca.

_________________

KISAH BENAR AMBER COURT GENTING HIGHLAND - Pernah dengar pasal Amber Court ni tapi tak berminat nak tahu sangat sebab aku sejenis yang lemah semangat. Amber Court di Genting Highland ni sebenarnya popular juga sebagai tempat yang menyeramkan. Kalau dalam 10 reviews tentang apartment Amber Court ini, hanya 2 orang saja yang memberi komen positif. Mostly mengatakan ianya menakutkan.

Kisah yang akan aku kongsi ini adalah dari Facebook Durra Abd Razak. Aku edit balik supaya karangan ini lebih teratur. Ramai berminat nak tahu tentang Amber Court ini kan? Kisah benar dari Sis Durra ni memang menyeramkan sebab aku terbayang-bayang situasi yang diceritakan. By the way, entri ni panjang untuk korang yang rajin membaca. Sis Durra buat part by part, aku gabungkan terus.

KISAH BENAR AMBER COURT GENTING HIGHLAND

Malam tadi tetiba adik forward berita ini. Hmmmm terus flashback kisah kami adik beradik (tanpa parent) dan sepupu pernah menginap kat sini few years back. I was still a uni student lagi masa tu. Macam biasa, aku ditugaskan bawa adik-adik berjalan-jalan bila parent kami ada overseas trip. 

Macam mana boleh terpilih nak menginap di Amber Court? Haaaa...zaman tu takde laa banyak sangat trading kisah-kisah macam gini sebab zaman tu access to internet tak berapa meluas.

Alkisahnya kami bercadang nak jalan-jalan ke Genting Highland satu weekend ni dan tempat menginapnya adalah Amber Court disebabkan ayah aku ahli masa sharing satu company ni. kami pun tanpa prasangka, booking lah satu malam kat situ.

Kiranya pagi bertolak naik Genting Highland, main-main di amusement park kat situ dan bermalam di Amber Court. Gitulah lurus bendul punya plan walhal boleh je drive turun lepas tu. Maybe aku fikir, aku tak larat nak drive balik masa tu sebab aku je yang jadi driver masa tu.

Hari yang ditunggu-tunggu pun tiba. Packing semua kami berlima termasuk seorang sepupu bergerak ke Genting Highland. Semangat ni.. sampai je terus ke taman tema. Confident sangat masa tu. So lepas dah penat, kami nak rehatlaa dan menuju ke Amber Court yang tidak jauh dari First Hotel tu. Tak susah nak cari walaupun puzzle jugak sebab takde penempatan lain along the route.

Bila sampai, telan jap air liur...Allah...betul ke tempat ni?..Nama mmg betul dah. Dalam website co tu, takdelah begini rupanya. Masa tu rasa nak patah balik pun ada. Satu kereta terdiam. Masa tu dalam pukul 5 petang macam tu. Tapi jadi krikk krikk krikk. Kami sedapkan hati, mungkin suasana ini sebab kami ada kat Genting kot?

Sampai je depan Amber Court tu, semua pakat terdiam. Memang tak sangka keadaan agak rundown, ada lumut-lumut merah kat dinding-dinding Amber Court. Macam dalam horror movie pun ada.

Tapi masa tu siang lagi. Nampaklaa beberapa biji kereta depan enterance. Kira bolehlah sedapkan hati kejap. Masa tu tak silap adik aku cakap "jomlah balik, sempat ni nak balik Bangi" Kami pun patah balik tapi separuh jalan, tetiba jadi gerimis dan kabus tebal. Nak tak nak terpaksa patah balik ke Amber Court.

Aku parking kat basement Amber Court, sebab depan tak ada parking space dah. Masa kat basement parking tu adalah lebih kurang 10 biji kereta. Rasa lega kejap. Masa nak naik tangga ke atas Ground Floor tu, ternampak la kat tepi satu tiang ni ada orang letak colok-colok dan ada kesan macam tembakan dan warna merah-merah sikit. Masa tu memang betul-betul bendul dan husnudzon. Tak terlintas nak bertanya kenapa benda tu ada kat situ.

Historias De Terror {koleksi kisah-kisah seram}Waar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu