43|GADIS GAUN PUTIH

103 8 0
                                    

Apa yang saya ketengahkan ini hanya sekadar hiburan sahaja sama ada benar atau tidak, itu hanya Allah Swt yang mengetahuinya.

Enjoy your reading!

play music diatas untuk menambah feel korang ketika membaca

________________

Malam itu, sedang aku scroll telefon pintar aku di kaunter triage, datang seorang gadis dengan memegang perutnya. Kerutan di wajahnya jelas menunjukkan tahap kesakitan yang sedang ditanggung. Sebagai seorang Penolong Pegawai Perubatan yang berdedikasi dan prihatin, adalah menjadi tanggungjawab aku untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik buat pesakit-pesakit yang datang di jabatan kecemasan ini.

Malam itu, aku bertugas bersama seorang lagi rakan sekerja aku, Aiman. Memandangkan Aiman sedang ke tandas melepaskan hajat yang ditahan sejak dua jam yang lalu, kini hanya tinggal aku seorang yang berada di kaunter triage, menyambut tetamu yang datang ke jabatan kecemasan ini.

Malam itu keadaan agak tenang. Tidak banyak pesakit yang datang memandangkan jam sudah menunjukkan pukul dua pagi. Tanpa melengahkan masa, aku terus menyambut gadis tersebut dengan segera.

“Ada apa-apa yang saya boleh bantu cik?” soal aku sebaik sahaja berada di depan gadis tersebut yang masih menundukkan muka kerana menahan sakit.
“Saya sakit perut.” Jawab gadis itu perlahan.

“Sudah berapa lama sakit tu?” soal aku lagi. Soalan biasa yang diajukan apabila pesakit datang dalam keadaan sakit perut. Sejarah kesakitan diambil bagi mengetahui tahap kesakitan yang dialami sebelum membuat keputusan untuk menghantar pesakit ke zon merah, zon kuning atau zon hijau.

Gadis yang mengenakan gaun putih itu membuatkan aku rasa seperti sesuatu. Degupan jantung yang sukar untuk aku gambarkan. Gadis itu masih tertunduk. Aku pun menghampiri gadis itu untuk membantu. Tiada sebarang tanda-tanda yang mencurigakan. Mungkin sakit perut atau gastrik biasa pada pandangan aku.

“Tolong saya bang…perut saya ni sakit bang…” Gadis tersebut memandang aku dengan wajah yang cukup membuatkan aku terpesona. Terasa ada udara sejuk yang membuatkan aku nyaman seketika. Wajah gadis itu sangat mempersonakan walaupun dalam keadaan kesakitan.
Pipinya yang gebu kemerah-merahan menarik perhatian aku.

Terpukau dengan kecantikan gadis itu, aku segera membawa gadis tersebut ke zon kuning, iaitu zon separa kritikal untuk merawat kesakitan yang dialami memandangkan zon kuning hanya ada dua orang pesakit sahaja ketika itu. Aku terus membawa pesakit itu ke katil.

Aku meminta kad pengenalan gadis itu untuk membuat pendaftaran. Gadis tersebut memberitahu beg duitnya hilang ketika dirompak tadi.

“Adik tak buat laporan polis lagi ke?”

“Belum sempat lagi bang, saya terus ke hospital lepas bangun dari pengsan” jawab gadis itu lalu terus menangis.

Aku sedikit pelik apabila melihat gaun yang dipakai gadis tersebut kelihatan bersih. Bagaimana dia boleh kata dia kena rompak? Persoalan itu membuatkan aku bingung seketika.

Belum sempat aku beredar untuk membuat pendaftaran, gadis itu tiba-tiba memegang tangan aku. Aku jadi tersentak, terkejut tiba-tiba. Sejuk sungguh tangan gadis itu.

“Abang jangan tinggalkan saya…saya takut…” tajam mata gadis itu memandang tepat kedalam mata aku.

“Err…saya nak buat pendaftaran sekejap. Nanti saya datang balik.” Jawab aku.

Gadis itu terus menangis dan meraung. Aku jadi cemas. Aku jadi serba salah. Aku pelik. Kenapa gadis itu tiba-tiba menangis dan meraung. Tapi apa yang pelik, tiada sesiapa yang datang bertanya pasal gadis itu. Aku lihat, Doktor Syakirin, MO yang jaga zon kuning sedang merawat pesakit yang lain. Mungkin terlalu sibuk tak sempat nak datang melihat gadis yang di depan aku ini.

“Adik sabar ye, jangan menangis. Adik nak saya telefon sesiapa ke untuk datang melawat adik kat sini?” soal aku untuk tenangkan gadis itu.

Gadis itu geleng kepala.

“Adik boleh ceritakan apa yang berlaku sebenarnya?” soal aku serius. Gadis itu melepaskan genggaman tangan dia.

“Saya telah dir0gol.” Jawab gadis itu separuh menjerit. Aku terus menarik tangan aku. Gadis itu memandang aku. Tajam.

“Errr… Tadi adik kata kena rompak? Kalau macam tu adik kena buat laporan polis.”

“Lepas mereka rompak, mereka r0gol saya.” Gadis itu berhenti seketika sambil memandang sekeliling. Bulu roma aku tiba-tiba tegak rasa seram tiba-tiba.

“Sebab tu adik sakit perut ya?”soal aku lagi.

“Bukan.” Jawab gadis itu.

“kalau bukan, sebab apa pula?” soal aku. Gadis itu diam sekejap. Linangan air matanya membuatkan aku rasa kasihan.

Perlahan-lahan gadis itu menarik nafas dan menghembus nafas kembali lalu berkata,

“Mereka tikam saya sampai m**i bang…”

“Glup!” Aku terduduk. Sempat aku pegang pada besi katil.

“Kau ni dah kenapa, Rosyam? Patut lah aku cari kau tak de, kat sini kau rupanya!” Suara Aiman memecahkan suasana tegang tadi. Aku toleh kebelakang melihat Aiman dan menunjukkan jari aku ke arah gadis itu.

Aiman buat muka tidak mengerti. Dia terus datang menghampiri aku. Aiman hulurkan tangan menyambut tangan aku yang terduduk.

“Kawan kau tu cakap sorang-sorang dari tadi, aku ingat cakap dengan kau, man…” Sahut Doktor Syakirin dari katil pesakit hujung. Mereka berdua menggelakkan aku.

“Hey Rosyam…Kau ni kenapa pucat je. Kau cakap dengan siapa? Kau jangan macam-macam tau! Aku cari kau dari tadi rupanya kau dekat yellow zone ni, ye?”

Berpeluh sejuk aku bila melihat katil sebelah aku itu, tiada lagi gadis cantik memakai gaun putih. Tiada lagi gadis kesakitan memegang perutnya.

“Kejap lagi ada polis datang bawak m4yat untuk sahkan kematian. Nanti kau tolong aku ye, Rosyam?” pinta Aiman. Aku hanya mengangguk tanda setuju. Fikiran aku masih bingung dengan kejadian tadi.

Siapakah gadis yang datang pada aku tadi?
Betul ke dia hantu?
Atau manusia?
Kenapa dia datang pada aku?
Dia perlukan bantuan ke?

Sebaik sahaja aku dan Aiman sampai ke kaunter triage, lori polis telah sampai dan menurunkan jenazah yang dibawa untuk ke bilik mayat.

Perlahan-lahan jenazah dibawa oleh dua orang pegawai polis melalui hadapan kaunter triage. Sempat aku melihat wajah disebalik kain yang bertutup itu. Wajah yang sangat aku kenali,yang sempat aku kenal tidak sampai satu jam, wajah yang baru sahaja aku kenal, wajah yang puti, mulus, dan gebu. Pipi kemerah-merahan yang telah calar dengan bekas d***h.

Itu lah wajah gadis dengan gaun putih yang masih membaluti tubuh gadis itu.

Sekali lagi aku jatuh terduduk…


Karya: Shahrizal Suhaimi

Historias De Terror {koleksi kisah-kisah seram}Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon