21|LOKET BERHANTU

302 10 7
                                    

Apa yang saya ketengahkan ini hanya sekadar hiburan sahaja sama ada benar atau tidak, itu hanya Allah Swt yang mengetahuinya.

Enjoy your reading!

play music diatas untuk menambah feel korang ketika membaca

________________

Namaku Zia (bukan nama sebenar). Aku ingin menceritakan pengalaman seram atau tidak seram.

Tapi kisah ni betul-betul kisah yang aku alami. Kisah ini berlaku pada tahun lepas apabila aku cuti sem. So, aku bercadang nak ajak member aku lepak ah, biasa tengah cuti-cuti nak jugalah hilangkan stress dengan kawan-kawan kan.

Kami iaitu Ikie,Karisma,Rina,Piyo,Christina dan Eper(bukan nama sebenar) memang plan habis lah nak buat apa. Lepas habis bincang, kami bercadang nak berkemah di sungai lama yang berdekatan dengan rumah Karisma dan Piyo.

Dengar khabarnya sungai tersebut tidaklah besar, tapi tempatnya memanglah cantik.

Kami berbagi kepada 2 kumpulan dimana aku dan si Ikie ni beli barang apa yang patut memandangkan rumah kamilah yang berdekatan dengan Pekan manakala si Christina pula balik memandangkan dia perlu mengambil keretanya kerana nanti dia perlu mengambil Eper dengan Rina.

Pilo dengan Karisma pula balik dulu untuk siapkan apa yang patut.
Setelah selesai membeli barang yang patut dibawa, kami berkumpul dahulu di rumah Piyo dengan Karisma.

Tepat jam 3 petang kami bertolak ke tempat tersebut.Jarak antara Sungai tersebut dengan rumah Piyo dengan Karisma tidaklah begitu jauh dalam 5-10 minit sahaja.

Tapi memandangkan kami membawa barang yang banyak,jadi kami mengambil keputusan untuk pergi menggunakan kereta.Sampai di sana kira dalam 3.20 petang.

Piyo dengan christina mendirikan khemah,aku,Karisma dengan Rina pula menyediakan makanan dahulu manakala eper dengan ikie sibuk mencari kayu api berdekatan.Semuanya berjalan dengan lancar setakat ini.Sedang leka kami membasuh makanan,

“wah, cantiknya rantai ni. Kamu dua punya ka?” Tanya Karisma kepada aku dengan Rina. “eh bukan,ni ha rantai aku.” Kataku sambil menunjukkan rantaiku yang terpakai kemas di leherku. “aku pun bukan..aku tak paki rantai sebab tahu kita nak mandi nnati” kata Rina pulak..“Ah, Kalau begitu aku simpan la..Cantik laa”kata Karisma antara dengar tak dengar.Rina hanya menoleh kepadanya dengan muka yang pelik.

Setelah malam menjelma,dalam jam 8 malam, kami bercerita dengan duduk dalam bentuk bulatan mengelilingi unggun api. Semua tahukan macam mana keadaan duduk mengelilingi unggun api?

Macam-macam yang kami lakukan seperti menyanyi kerana pada masa itu si Piyo ada membawa sekali gitarnya,makan kuih, dan bercerita. Banyak yang kami bualkan,maklumlah lama sudah tidak lepak begini.

Leka bercerita sampaikan kami tidak menyedari yang malam telahpuh larut. Si Rina melihat jam nya “eh, jam 12.30 malam sudah?” katanya. “Jomlah masuk tidur kalau begitu.” Kata Karisma “alaa, kejaplah..bukan selalu tau kita dapat lepak begini.” Kata Ikie. Haa, disinilah cerita seram bermula.”Apa lagu kau nak buat kie?” aku bertanya “Lahh, kejap” kata ikie.

Tiba-tiba karisma berdiri lalu masuk ke khemah. “hahh, tu Mha dah mengantuk tu.” Kata Eper. “Biarlah kalau dia nak tidur, kita sambung bercerita” kata Piyo lalu menyambung cerita.

Historias De Terror {koleksi kisah-kisah seram}Where stories live. Discover now