30|TERSALAH MENUNTUT ILMU

204 5 0
                                    

Apa yang saya ketengahkan ini hanya sekadar hiburan sahaja sama ada benar atau tidak, itu hanya Allah Swt yang mengetahuinya.

Enjoy your reading!

play music diatas untuk menambah feel korang ketika membaca

________________

Tersalah menuntut ilmu

Cerita ini dikisahkan oleh sahabat saya, dan saya ceritakan kembali kepada tuan puan untuk dijadikan ikhtibar dan pengajaran. Penangan Ilmu Hikmah Online, Hebat pada awalnya, namun bertahun lamanya mencari ubat penawar diri. Disebabkan ilmu ini, rumahtangga bergolak menanti belah, kehidupan tidak sama seperti orang lain. Zahirnya tersenyum, jiwanya menderita, menangis tiada air mata. Bagaimanakah pemuda bernama Zul (Nama samaran) mengharungi semua ini. Kisah ini agak berat. Mohon pembaca berlapang dada ketika membacanya.

Pagi itu, Surat khabar tabloid Mingguan Misteri ditatapnya agak lama. Diselaknya helaian berikutnya, namun kembali semula kepada iklan tadi. Dibacanya beberapa kali dan sesekali matanya diangkat ke atas seperti cuba mengira sesuatu. Kemudian, dibukanya akaun bank online.

Zul memicit-micit dahinya lalu berkata. "Alhamdulillah, baki duit ni cukup nampaknya." Diletakkan semula iklan Mahaguru Tenaga Dalam di atas meja. Oleh kerana teruja melihat iklan itu, dia tidak sedar sudah menahan begitu lama untuk membuang air.

"Assalamualaikum Tuan, Saya Zul, saya ada baca iklan tuan dalam surat khabar ni... dan saya berminat untuk belajar. Macamana ya caranya?." Petang itu dengan tidak sabarnya Zul menelefon perguruan tersebut.

"Waalaikumusalam, Oh iklan tu, tuan duduk mana ya? Baca dalam paper ya?"

"Saya ada baca dalam paper misteri dan saya tinggal di Negeri Sembilan." "Baiklah tuan Zul, caranya senang saja. Ada banyak ilmu yang akan kami ajar. Dan ada level-levelnya. Mahar pula mengikut level yang tuan mahu. Jika tuan berminat, bank in kepada kami jumlah mahar tu dan sertakan slip bayaran dalam whatsapp, kami akan maklumkan apa yang perlu dibuat selepas itu." " Bila saya boleh datang ke tempat tuan untuk belajar ya?"

"oh kita ajar secara online saja tuan. Jarak jauh. Dan pelajar kami ada yang dari luar negara pun ada." balasnya lagi.

"Kalau begitu baiklah , sekarang juga saya bank in ya, Terima kasih tuan." Oleh kerana tidak sabar, Zul terus pergi ke bank berhampiran dan memasukkan duit. Ditangkapnya gambar slip bank dan dihantar ke nombor tadi.

Setelah mendapat pengesahan. Alamat dan nombor telefon pun telah diberi. Zul menunggu sahaja apakah arahan berikutnya. Selang sejam, zul mendapat pesanan pengijazahan. Arahannya ialah. Tepat pukul 12 tengah malam, dia perlu duduk di atas kain putih bersaiz 2 ela dan perlu dijadikan sejadah. Buku manual serta sijil akan dipos kemudian. Kemudian tunggu saja panggilan dari tuan guru.

Malam itu selepas keluar makan dengan isteri dan dipastikan sudah masuk tidur. Zul masuk ke bilik tengah rumahnya untuk memulakan sesi ijazah. Tepat pukul 12 malam , guru tersebut telah menghubungi Zul dan memintanya agar duduk dalam keadaan meditasi. Bacaan yang dibaca perlu diikutnya sebanyak 3 kali. Kemudian duduk dalam 30 minit untuk proses resapan energi.

Semasa duduk diam itu, Zul merasakan satu tenaga yang mengalir masuk ke tapak tangannya, seakan satu getaran kecil tenaga elektrik halus mengalir di kedua belah tapak tangannya. Tenaga tersebut naik ke atas sehingga meremang bulu roma dan rambutnya. Terangkat-angkat begitu. Seterusnya tenaga tersebut mengalir turun ke belakang badan sehingga ke dasar. Katanya inilah kebangkitan Kundalini. Ilmu yang Zul ambil adalah Mahaguru Tenaga Dalam Kesaktian. Sehingga dikatakan boleh mengakses kesemua ilmu tradisi yang ada. Bersesuainlah dengan harga maharnya yang boleh beli sebuah motorsikal secondhand.

Historias De Terror {koleksi kisah-kisah seram}Where stories live. Discover now