77|SIHIR PENGASIH DI LATIHAN INDUSTRI

90 4 4
                                    

Apa yang saya ketengahkan ini hanya sekadar hiburan sahaja sama ada benar atau tidak, itu hanya Allah Swt yang mengetahuinya.

Enjoy your reading!

play music diatas untuk menambah feel korang ketika membaca

________________

Assalamualaikum semua pembaca. Aku nak cerita berdasarkan pengalaman aku sendiri. Maaf kalau cerita ni tak seram macam cerita lain. Tapi aku ceritakan kisah ini sebagai pengajaran untuk kita semua.

Aku nak ceritakan tentang sihir pengasih yang terjadi dekat diri aku sendiri. Aku namakan diri aku Amira. Aku merupakan pelajar lepasan diploma dalam course civil engineering. Cerita ni baru berlaku pada bulan disember 2018.

Aku menjalankan latihan industri di tapak pembinaan sekolah sains yang berhampiran dengan rumah aku. Di tempat latihan industri tersebut, aku melakukan kerja-kerja yang banyak berkaitan dengan pekerja bangla dan indonesia di tapak pembinaan tersebut.

Perkara ni berlaku dalam pertengahan tempoh semasa aku praktikal di situ. Terdapat seorang pekerja indonesia yang sangat berkenan dan suka kepada aku . Sehinggakan dia menulis nama aku di merata tempat di tapak tersebut.

Setiap hari, dia akan cuba berada dekat dengan aku apabila aku turun ke tapak bina dan dia akan sentiasa mencari alasan untuk bercakap dengan aku. Hari demi hari, dia semakin dekat dengan aku sehinggakan dia pernah bersentuhan kulit dengan aku.

Tanpa aku sedar, perasaan benci aku kepada dia mula berubah menjadi suka, sayang dan cinta. Setiap hari aku tidak tahan untuk berjumpa dengan dia. Makan tidak lalu. Tidur kerap terjaga di waktu malam. Setiap masa aku akan berfikir sehinggakan aku sentiasa stalk facebook dan gambar-gambar lelaki itu.

Aku bagaikan dalam duniaku sendiri. Aku tidak banyak bercakap. Sekiranya sehari aku tidak melihatnya walaupun dari jauh, hatiku sudah tak keruan. Aku menjadi gelisah dan menangis. Aku terpaksa menanggung rindu yang berat sekali. Bagaikan hilang sesuatu yang paling berharga dalam hidup. Setiap hari aku akan turun ke tapak bina untuk berada dekat dengan dia.

Hari demi hari, keadaan aku semakin teruk. Aku mula berani untuk pegang tangan dia, aku mula sentuh dan main rambut dia, aku mula mengusik lelaki tu ketika dia buat kerja dan langsung tak hiraukan pandangan orang sekeliling terhadap aku.

Aku jadi orang yang gila bayang kerana lelaki indon tersebut langsung tidak hiraukan aku. Dia menjadi seperti orang yang jual mahal kerana aku mahukan dia. Dia langsung tak hiraukan aku. Perasaan aku menjadi teruk sehingga aku rasa hendak lari dan mengikut laki tersebut. Aku juga terbayang yang aku melakukan hubungan intim dengan dia.

Aku langsung tidak hiraukan keluarga dan kawan2. Ketika aku berseorangan, aku juga kerap rasa sesuatu yang hadir seperti bayangan orang dan lintasan. Aku juga selalu merasa kebas badan ketika waktu asar. Aku juga berasa sangat berat untuk solat. Apabila aku melihat mata lelaki tersebut, aku bagaikan tidak sedarkan diri dan berada dalam khayalan. Setiap hari aku akan teringatkan mata dia sehingga la sekarang. Sangat indah.

Alhamdulillah, keluarga aku sedar dengan perubahan aku. Mereka memaksa aku untuk berubat dengan ustaz tapi aku menolak semahu mahunya. Sehari sebelum aku dibawa berubat, aku bergaduh dengan adik aku pada waktu maghrib dan tanpa fikir panjang, aku terus keluar rumah dan pergi semula ke tapak bina hanya kerana mahu berjumpa dengan lelaki tersebut kerana aku berasa sangat tenang dan bahagia untuk berjumpanya.

Aku memberi banyak alasan kepada pengawal di situ untuk benarkan aku masuk ke tapak selepas waktu kerja. Perasaan aku waktu itu adalah aku sangat rindu kepada lelaki itu sehinggakan aku rasa hendak berjumpa dan memeluk dia. Nasib baik abang aku mencari dan memaksa aku untuk balik ke rumah dan hasrat aku untuk berjumpa dengan lelaki tersebut terbatal. Aku pasrah, hampa, sedih dan sangat kecewa.

Esoknya pula, keluarga aku memaksa dan membawa aku untuk berubat. Ketika ditanya sama ada aku suka atau tidak kepada lelaki itu, aku hanya ketawa dan memberitahu tidak mempunyai apa-apa perasaan. Aku nak beritahu yang aku suka dekat lelaki itu tapi mulut aku bagai terkunci. Aku langsung tidak boleh bercakap jujur dan pergerakan aku bagaikan dikawal .Tapi hakikatnya, dalam hati aku merayu sangat2 agar ada orang yang boleh bantu aku.

Ketika proses rawatan, pada mulanya aku hanya ketawa dan menangis ketika dipaksa berselawat, kemudian ketika ustaz tersebut mula untuk berubat, aku menjerit, menangis, ketawa dan merintih untuk dilepaskan. Aku memanggil-manggil nama lelaki itu untuk meminta tolong. Aku berasa sedih dan sakit sangat nak berpisah dengan ‘benda’ tu. Bagaikan aku hilang perasaan kasih sayang di dunia ni.

Sakitnya tak tertanggung. Aku bagaikan mempunyai kekuatan seorang lelaki ketika meronta-ronta untuk dilepaskan. Selepas selesai proses berubat, barulah ustaz tersebut menceritakan serba sedikit ysng berlaku dekat aku. Dia menceritakan yang aku terkena sihir pengasih melalui angin seperti lelaki tersebut membaca ayat pengasih kepada aku.

Dia melakukan perkara itu ketika waktu selepas asar dan sebab itulah setiap hari selepas waktu zohor hingga ke maghrib, aku menjadi tak keruan kerana rindu pada lelaki itu. Dia juga harus tidak menghiraukan aku selepas dia membuat sihir tersebut kerana itu bagaikan salah satu syarat bagi lelaki itu. Aku sangat bertuah sebab berlaku pada peringkat awal dan cepat berubat.

Selepas berubat, aku ambil masa hampir dua bulan untuk lupakan perasaan aku pada lelaki itu dan ada pantang larang yang aku kena patuhi seperti tidak boleh bertindih bayang- bayang antara aku dan lelaki itu. Aku ceritakan pengalaman aku agar gadis di luar sana boleh jadikan peringatan . Jangan mudah untuk percaya orang luar dan sentiasa baca ayat suci Al-Quran untuk melindung diri.


Credit to: Amira

Historias De Terror {koleksi kisah-kisah seram}Where stories live. Discover now