47|HANTU ALMARI

132 6 0
                                    

Apa yang saya ketengahkan ini hanya sekadar hiburan sahaja sama ada benar atau tidak, itu hanya Allah Swt yang mengetahuinya.

Enjoy your reading!

play music diatas untuk menambah feel korang ketika membaca

________________

Kami pulang ke Tuaran 2 hari sebelum majlis akad nikah dan resepsi dijalankan, jadi kami ada sedikit masa untuk tolong apa yang patut sedaya kami. Ketibaan kami di kota kinabalu disambut oleh bapa tiri suami aku. Sepanjang perjalanan ke Tuaran aku memilih untuk tidur membiarkan suami aku bersembang dengan bapa tirinya. Badan aku letih.

Setibanya kami di perkarangan rumah suami aku. Aku dikejutkan oleh suami aku.

” sayang, bangun…dah sampai ni.”

Terpisat aku bangun sebelum aku buka turun dari kereta. Aku ke bahagian bonet untuk membantu suami aku. Mata aku seakan ternampak satu benda besar dibawah sebuah pokok yang berada di depan rumah. Jenis rumah yang ada perkarangan agak besar. Pokok-pokok berdekatan pagar yang ada besi nipis warna hijau tu. Disebabkan penat aku endahkan je.

Masuk je ke dalam bilik suami aku, aku tengok almari lama dah berganti dengan almari baru. Almari lama tu almari kayu yang masih berkilat-kilat cantik je rupanya. Tapi hmm….Yang baru ni almari biasa yang kita boleh jumpa dekat mana-mana kedai cina sekarang. Kedai pakistan pun ada je.

Aku tak banyak tanya sebab letih, nak mandi pun dah terasa malas memandangkan jam dah tunjuk angka 2 dan cuaca di Tuaran ni sejuk. Tak naklah aku cari masalah mandi malam-malam ni. Menggigil satu malam nanti.

Malam tu aku tidur dengan sangat lena, tak sedar apa-apa atau mungkin memang tak ada apa-apa yang terjadi macam malam yang dulu tu.

Paginya aku bangun bersama suami aku untuk solat subuh, lepas solat kami berpecah…suami aku pergi tolong uruskan hal diluar dan aku tolong uruskan yang di dalam macam packing goodies dan sebagainya. Dalam setengah jam aku sibuk packing goodies tu mama minta aku tolong panggilkan Wan. Katanya nak minta angkatkan periuk dari belakang rumah untuk digunakan nanti. Aku menurut.

Aku keluar dari rumah dan terus berlegar-legar cari suami aku. Dalam tengah sibuk mencari tu mata aku terpandangkan pokok malam tadi. Rupanya benda besar yang aku nampak tu almari lama dari bilik suami aku. Disebabkan takut aku terus pusing ke arah lain meneruskan pencarian sampailah aku nampak suami aku tengah borak dengan saudara dia dari kampung sebelah. Aku skip cerita dekat sini sebab lepastu tak ada apa yang menarik, aku kasi tahu yang mama panggil dia, dan dia terus pergi. Tu je.

Dalam jam 5 setengah macam tu, dah nak dekat maghrib. Orang-orang yang datang menolong beransur pulang ke rumah menjadikan suasana yang agak riuh tadi sunyi. Oh lupa, waktu maghrib dekat sabah awal sikit ye. Jangan terkejut pula aku kata jam 5 dah nak dekat maghrib haha.

Aku duduk didapur membantu mama mengupas bawang, mencuci dan sebagainya memandangkan majlisnya tu lusa. Dalam membantu tu tiba-tiba mama menyoal.

” malam tadi kau tidur dalam bilik tu okey ke?.” soal mama.

” okey je ma…almari tu mana ma?.” aku menyoal, berlagak macam tak tahu.

” almari tu ada mama letak dekat bawah pokok sana. Takkan tak nampak?.”

” oh tak perasan ma…”

Historias De Terror {koleksi kisah-kisah seram}Where stories live. Discover now