20|LELAKI SEBALIK KABUS 3

218 10 0
                                    

Apa yang saya ketengahkan ini hanya sekadar hiburan sahaja sama ada benar atau tidak, itu hanya Allah Swt yang mengetahuinya.

Enjoy your reading!

play music diatas untuk menambah feel korang ketika membaca

________________

Musim luruh mula mengambil alih di sebuah tempat yang jauh dari hiruk pikuk manusia. Daun-daun kekuningan yang luruh ke lantai bumi bagaikan permaidani. Nun jauh kelihatan sebuah bangunan besar dan luas seperti castle lama berada di tengah hutan. Istana Hitam itulah namanya. Suasana di sekelilingnya sunyi seolah bangunan tinggalan tetapi halaman dan bangunan kelihatan bersih dan terjaga. Pintu pagar utama yang gah besarnya terbuka dengan automatik. Kelihatan sebuah kereta hitam dengan cermin tinted yang gelap memasuki perkarangan istana.

Ada beberapa orang pengawal di pintu utama dengan baju hitam memegang pedang yang besinya juga berwarna hitam. Tajam berkilau dengan pantulan cahaya lampu. Sekali libas mampu memutuskan kepala musuh. Walau siang namun suasana Istana Hitam nampak suram dengan cahaya lampu yang malap dan tiada tingkap untuk cahaya matahari menerobos ke dalam.

Di balai menghadap, ruangnya luas dan di tengah ada laluan karpet berwarna merah yang dihampar di atas lantai marmar hitam. Seorang lelaki tua berumur sekitar 60 tahun duduk di atas singgahsana. Di sebelahnya ada seorang pemuda berambut panjang melepasi telinga namanya Adria Wyvern. Alis matanya lentik cantik. Persis mata seorang wanita. Namun walaupun cantik, indah di tatap bagaikan kolam di syurga tetapi mata itu penuh dengan bayangan dendam dan benci. Mata berwarna amber itu merenung ke arah dua orang tetamu yang berjalan ke arah mereka. Sebaik sahaja tetamu itu sampai, lalu terus melutut ke lantai sambil tangan kanan di letakkan di dada memberi hormat.

“Yang mulia, kami sudah tiba. Sedia menurut perintah.”
Lelaki tua yang berada di singgahsana memberi isyarat supaya kedua tetamu itu bangun dan duduk di salah sebuah kerusi logam yang diukir cantik. Lelaki tua itu juga bermata amber, rambutnya sudah beruban. Namanya adalah Raja Wyvern atau di gelar Raja Kaum Satanak.

“Ada tugas yang beta mahu kamu laksanakan di Malaysia.”
Kedua tetamu lelaki itu saling memandang lalu menunggu penerangan daripada Raja Wyvern.

“Macam mana dengan demam kau Diana, dah surut?” Donat memegang dahi Diana. Lalu merenung senyuman Diana yang manis. Gadis itu cantik sebenarnya, namun kurang mengambil berat tentang fesyen.

“Dah, dah okey. Makin okey.” Diana cuma tersenyum dengan wajah pucat. Sebenarnya rasa terharu dengan sikap prihatin rakannya.

Sudah tiga hari dia demam. Aurora lah yang menjaganya di bilik. Donat dan Divya juga rajin melawatnya dan membeli pelbagai makanan walau dia menegah kerana tiada selera makan.

“Alhamdulillah.” Ucap Donat tersenyum ceria.

“Aku hampir saja ingat bakal kehilangan kau, masa tengok kau dibawa arus.” Wajah Divya kelihatan lega, dalam masa yang sama masih tidak dapat melupakan kejadian itu.

“Mujurlah salah seorang dari member kita sempat selamatkan aku kan. Aku pun bersyukur sangat.”

“Diana, bukan member dari peserta perkhemahan tau. Kalau kau nak tahu malam tu kitaorang cari kau tak jumpa. Aku masa tu memang dah mula nangis sebab ingat kau dah lemas dalam sungai tu. Sampai la kitaorang balik rehat. Esoknya aku dapat panggilan kau dah ada di hospital. Family Aurora yang jumpa kau.”

Historias De Terror {koleksi kisah-kisah seram}जहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें