34|SUSUK BERKAIN PUTIH

140 9 0
                                    

Apa yang saya ketengahkan ini hanya sekadar hiburan sahaja sama ada benar atau tidak, itu hanya Allah Swt yang mengetahuinya.

Enjoy your reading!

play music diatas untuk menambah feel korang ketika membaca

________________

Peristiwa ini berlaku beberapa tahun yang lalu, waktu tu armahumah Nenda ku masih hidup sihat walafiat lagi. Kami tinggal di kawasan kondominium yang tidak lah berapa nak kondo nya. Boleh dikatakan kondominium tu memang mampu milik bagi rakyat marhaen macam aku ni.

Kondo itu ada 5 bangunan yang di panggil blok . Blok 1, blok 2 dan seterusnya, aku dan nenda tinggal di blok 4, blok orang orang tua, sebab apa panggil blok orang orang tua sebab ramai org tua tinggal blok tu. Blok aman tenteram lah boleh dikatakan. Belakang blok 4, ada blok 3, belakang blok 3 ada hutan kecik yang banyak pokok getah, sebabnya dulu kawasan kondo tu adalah hutan getah dan bukit bukau yang agak tinggi kedudukannya, ditengah tengah hutan itu ada kawasan paya yang tak berapa besar, tapi menyeramkan jugak…pasal paya ni pun banyak gak ceritanya…tapi nanti aku cerita lain hari, hari ni nak cerita pasal Susuk Berkain Putih ni dulu.

Suatu hari ibu aku suruh aku kutip duit sewa di blok 3, ibu aku berpindah ke utara dan rumahnya di blok 3 itu disewakan bulanan pada satu keluarga aceh. Rumah ibu aku ditingkat 7, jadi kena lah naik lifkan, berpeluh kalau naik tangga. Waktu tu aku pergi ke rumah sewa tu selepas solat maghrib, jadi dalam pukul 8 mlm lebih sampai situ. Tunggu punya tunggu, macam macam cerita aku dengar dari penyewa sebab anaknya tak balik lagi, duit sewa tak cukup, macam macam makanan dah mereka hidangkan untuk aku makan.

Pukul 11.30 malam baru dapat duit. Lepas dapat duit aku terus kata nak balik dan ingatkan mereka agar bulan depan, siap sedia lah duit sebelum aku sampai. Sampai depan lif, punyala dalam 20 minit tunggu, lif tak bukak bukak, jadi aku amik keputusan turun ikut tangga. Tangga bangunan tu laluan di belakang bangunan berhadapan dengan hutan kecik, jadi aku relaks je lah santai santai turun tangga, yelah duit sewa dah dapat, jap lagi nak bodek ibu minta upah, RM50 pun jadilah…

Dalam perjalanan turun tu, aku nampak sesusuk tubuh berbalut putih tepi pokok betul betul di tepi hutan kecik tu, memula tu aku buat tak tahu, tapi makin bawah aku turun, makin jelas kelihatan. Bila sampai ke beranda tingkat 6, aku bukak spek mata aku, aku lap lap dengan kain, manalah tau kot spek mata aku yang bertanda putih. Aku buka mata besar besar..susuk tubuh berbalut kain putih tu betul betul berdiri depan aku ditepi pokok..kepala nya berpunjut berikat dan pelan pelan kepala itu memandang ke arah aku….

Hangpa rasa apa yang aku buat waktu tu??….aku rasa tangga yang aku langkah menurun tu dalam 5,6 anak tangga sekali langkah kot, rasa macam terbang..

Nak balik ke blok 4, aku kena lintas padang permainan dan surau bawah blok, sampai lif tingkat 4, aku tekan punat lif macam nak tertanggal punat tu, bila pintu lif terbukak, seiring dengan aku melangkah masuk, masuk pulak sesusuk tubuh perempuan berbaju putih dan berambut panjang kusut masai masuk sekali, perempuan tu terus kebelakang lif dan aku berdiri betul betul didepan pintu lif.

Rumah aku dan Nenda tingkat 8, jadi aku dok tekan lah punat 8 tu berkali kali, tetiba perempuan kat belakang ni ketawa merekeh…ala ketawa jenis mengejek tu…kikikiki..haa gitulah…bulu roma tengkuk aku tak taulah meremang macam mana dah, aku rasa dah macam duri landak dah bulu tu..terbukak jer pintu lif aku pecut keluar tapi aku sempat toleh belakang…….perempuan yang sama masuk dengan aku tadi tu. Alhamdulillah da takde…

Rumah Nenda dekat je dengan lif, jadi sekejap je sampai dah, macam nak roboh pintu rumah aku hogah, Nenda bukak pintu aku terus lari masuk bilik Nenda lompat atas katil berselubung, bila Nenda tanya kenapa, aku cerita la apa yang jadi…. Nenda aku boleh gelak jer…Nenda kata itu mungkin pocong, lain kali klau jumpa pocong tanya dia nak apaooooo…idak ler teman…Selepas kejadian tu, ada lagi gangguan yang aku dan Nenda pernah kena…tapi cerita di teks yang lain la yer…

Historias De Terror {koleksi kisah-kisah seram}Where stories live. Discover now