33|JANGAN KAU TEGUR

164 8 0
                                    

Apa yang saya ketengahkan ini hanya sekadar hiburan sahaja sama ada benar atau tidak, itu hanya Allah Swt yang mengetahuinya.

Enjoy your reading!

play music diatas untuk menambah feel korang ketika membaca

________________

Jangan kau tegur
Assalamualaikum dan hai.
Beberapa hari lepas aku terbaca pasal kisah 'kerusi rotan di pangsapuri perdana'. Cerita itu memang membuat bulu roma aku meremang sebab aku pernah menyewa di blok itu tapi di tingkat lain.

Disebabkan itu,aku juga mahu menceritakan pengalaman aku sewaktu menyewa di situ. Tapi ceritanya bukan pasal pangsapuri itu.Mintak maaf sebab aku tak pandai nak mengatur ayat untuk memulakan penceritaan.
Pengalaman seram aku terjadi cuma satu malam sahaja, tapi aku masih ingat sampai sekarang. Cerita ini berlaku pada tahun 2011 dimana aku baru bermula bekerja di sebuah kedai di Seksyen 13. Tempat kerja aku tak jauh dari rumah, cuma perlu berjalan kaki saja berulang alik dari rumah ke tempat kerja.Aku tinggal bersama dua orang kakakku di kawasan ini. Aku menyewa bersama Acik manakala Along tinggal di rumah yang dijadikan asrama tempatnya berkerja.

Pada satu malam itu, aku dan Acik menemani Along ke klinik kerana Along demam. Kami menaiki teksi kerana kami tidak mempunyai kereta pada waktu itu. Yang ada cuma sebiji motorsikal. Klinik itu pula terletak di Seksyen 2. Tidak jauh mana dari tempat tinggal kami, hanya memerlukan masa beberapa minit sahaja.

Sampai sahaja di Sek 2 ,kami terus ke klinik swasta berjumpa Doktor untuk memeriksa keadaan Along. Along cuma mengalami demam biasa. Setelah selesai kami keluar dari klinik dan menuju ke kedai makan untuk mengisi perut. Klinik tersebut tidaklah jauh dari kedai makan. Aku lupa nama tempat itu, aku cuma namakannya foodcourt Sek 2. Sebab situ memang banyak kedai makan. Situ jugak tempat student2 UITM selalu lepak makan dan abg2 Rapid berhenti berehat.

Nak dijadikan cerita, aku ternampak seekor kucing bersaiz besar. Kat situ memang banyak kucing-kucing terbiar. Laju mulutku berkata "Eh kucing garfield"sambil tanganku menunjuk ke arah kucing tersebut. Kucing tu tak macam garfield pun cuma saiz nya besar dari kucing-kucing yang lain yang berada di situ. Aku pun tak tahu kenapa mulutku berkata itu kucing garfield. Ntah la. Kakak-kakak ku tak memberi apa-apa respon pun untuk melayan aku dan kami pun terus berjalan dan duduk di satu meja di sebuah kedai.

Suasana seperti biasa agak bingit dengan keadaan org sekeliling. Kami seperti biasa sja cuma Along agak sedikit pendiam mungkin kerana dia tidak sihat dan kepenatan. Selepas makan kami menahan sebuah teksi untuk pulang ke rumah. Sampainya di pangsapuri, Along pulang ke rumahnya di blok 2 manakala aku dan Acik di blok 4 .

Sampai di rumah, Along menghantar pesanan ringkas kepadaku." Nak mandi boleh?".Aku cuma membalas "tak payah lh, basuh kaki jer, malam-malam air sejuk..nanti demam makin teruk." Lebih kurang mcm tu la aku balas. Aku pun tak ingat sangat.. Along pun tak membalas sms ku lgi.. Setelah selesai ku basuh kaki, cuci muka apa semua, aku dan Acik terus tertido
Lebih kurang pukul 2 pagi, telefon bimbitku berbunyi. Kak Ita housemate Along menelefonku.
"Adik, boleh dtg ke rumah kah.?" Tenang sahaja percakapannya.
"Kenapa?" Aku tanya dalam keadaan masih mamai.
"Datang sajalah".
Aku pun terus kejutkan Acik untuk menemaniku ke rumah Along.
Sampai saja dirumah Along, aku lihat Along sudah menangis teresak2, tubuhnya menggigil. Entah tiba-tiba Along menjerit meracau bila saja aku dan Acik masuk ke dalam rumah. Kak Ita masih tenang sambil memegang Surah Yasin. Kak Ita ni jenis tenang saje orangnya, cakap pun lembut jer.
Waktu itu aku rasa itu bukan Along lg dah. Kak Ita pegang badan Along takut Along lari. Aku dan Acik duduk di depan Along.
Kak Ita tanya " Apa yg ka mau? Janganlah ganggu dia,kesianlah dia. Keluarlah kau" .

Historias De Terror {koleksi kisah-kisah seram}Donde viven las historias. Descúbrelo ahora