15|POCONG UITM SUNGAI PETANI

370 16 6
                                    

Apa yang saya ketengahkan ini hanya sekadar hiburan sahaja sama ada benar atau tidak, itu hanya Allah Swt yang mengetahuinya.

Enjoy your reading!

play music diatas untuk menambah feel korang ketika membaca

________________


Kisah ini berlaku di salah sebuah IPTA di utara iaitu UiTM Sg Petani pada tahun 2016 di mana masa itu aku melanjutkan pelajaran dalam diploma semester 3 dan kisah ini diceritakan oleh sahabatku sendiri Fina (bukan nama sebenar).

semester 1 hingga 4 anda diwajibkan untuk tinggal di dalam Kolej Universiti iaitu Kolej Mahsuri, Masria dan Murni (untuk perempuan) dan Kolej Malinja (untuk lelaki). Setiap kolej-kolej yang di sebutkan itu mempunyai banyak blok. Semester 5 & akhir sahaja boleh tinggal di luar tapi bagi yang aktif boleh lah membuat rayuan untuk tinggal di dalam kolej universiti yang disediakan.

Fina dan aku boleh dikatakan sangat rapat. Kami selalu study group bersama-sama walaupun berlainan course. Kadang-kadang dia selalu datang ke bilik ku dan aku selalu datang ke biliknya. Oh ya jarak antara bilik kami memang dekat hanya selang 1 pintu sahaja.

Pada hujung semester 3 tidak salah aku, Ramai yang pulang ke rumah sebelum tarikh exam yang di tetapkan dan tidak terkecuali aku. Boleh bayangkan bertapa sunyinya kolej-kolej itu. Fina tidak pulang ke rumah kerana ingin study di kolej sahaja.

Selepas aku pulang ke kolej, Fina ada menceritakan sesuatu kepadaku. Oh bilik aku masa itu di kolej Mahsuri tingkat 4 cuma bilik saja tidak ingat. (kolej Mahsuri 1 bilik ada dua katil bertingkat maksudnya boleh 4 orang tinggal dalam 1 bilik. Katil Fina atas dan roomate dia tu bawah. Kira dia nampak dari atas la kejadian tu…)

FINA: Hang nak tahu tak satu cerita?

AKU: Apa dia kak fina? (dia lebih tua dariku untuk menunjukkan tanda hormat aku memanggilnya kakak)

FINA: Haritu masa hampa semua balik rumah, ada jadi sesuatu dekat kak?

AKU? Haaaa…. jadi apa kak? kak ni buat suspen ja lah.

FINA: Masa kak tidoq atas katil tu, kak terjaga lepastu kak buka la mata. tahu tak apa kak nampak?

AKU: Nampak apa kak? adussss kak dah lah roomate kami tak balik lagi satg mai teman tidoq kat bilik nahh.

FINA: Kak nampak Pocong!! Pocong tu dok tengok roomate kak dok tidoq. dia tenung ja roomate kak tu.

AKU: Sungguh ka kak? Biaq betul kak. benda ni bukan main-main. (meremang bulu roma ku masa tu)

FINA: Betul la buat apa kak nak tipu. Kak nampak sendiri dengan mata kak. Pocong dok tengok roomate kak. Kak pun time tu ingat mimpi pejam mata buka mata dok ada kat situ.

AKU: Tapi dasyat sungguh kak pocong tu sampai tingkat 4. Saja aku tukar topik untuk menghiburkan hati kami yang tak seberapa berani ni.

FINA: Ishh main-main la nanti kena kacau baru tahu. Lepas tu kan, dengar ni tak habis cerita lagi. Dia lompat-lompat terus hilang menembusi pintu bilik.

AKU: Pukul berapa yang kak terbangun tu?

FINA: Rasanya pukul 3 pagi kak terjaga sebab kak tidoq awal sebab study tadi. Lega kak pocong tu hilang takut dia mai kat kak. Kak apa lagi tarik selimut satu badan. Esok tu kak demam terkejut.

Di sana kami bahasakan si pocong dengan panggilan ‘Coklat’ kerana takut apa yang kami ceritakan di dengar olehnya. Dengar cerita dari senior-senior ada yang ternampak di tangga, ada yang mendengar bunyi dia melompat di koridor. Hanya yang merasai sahaja tahu bagaimana. Harap maaf jika cerita ini tak berapa seram hanya ingin berkongsi pengalaman dari sahabatku.


Dipetik dari: Fiksyen Shasha

Historias De Terror {koleksi kisah-kisah seram}Where stories live. Discover now