EPISODE 82 (CANNOT BE YOURS)

26 2 4
                                    


[ZAINIRA POV]

Otak aku melayang ke jauh. Aku tak tahu nak fikir apa sekarang ni. Tinggal beberapa hari saja lagi majlis perkahwinan aku tak lama lagi berlangsung. Apa aku nak buat?

Aku belum sedia lagi untuk semua ni. Taehyung bukan yang terbaik buat aku. Dia layak untuk orang lain. Tapi kenapa mesti dia pilih aku? Apa aku dah buat untuk dia?

"Zainira?"

Teguran seseorang menyentak lamunan aku. Aku toleh belakang. Terus muram wajah aku sebaik sahaja tahu siapa orang itu.

"Kau nak apa lagi Taehyung?" Pandangan aku terus berubah. Sungai Sarawak yang tenang itu aku pandang.

"Tak sangka pula boleh terserempak my future wife kat sini. Dah 4 minggu aku tak nampak muka kau. Aku rindu kau." Taehyung tersengih2 melihat aku lalu duduk di samping aku.

"Kenapa dalam banyak-banyak tempat kita asyik terserempak je? Ke kau sengaja ikut aku dari belakang kan?" Tuduh aku.

"Heol. Takde maknanya aku nak ikut kau. Kau kena redha bahawa aku adalah jodoh kau. Tak kisah lah sejauh mana kau nak lari daripada aku, kita pasti akan berjumpa." Jawab Taehyung bangga.

Aku jeling dia. Tak habis-habis muka selamba dan kerek dia ni. Aku mendiamkan diri sahaja. Otak aku memang dah cukup serabut sekarang ni.

"Taehyung." Panggil aku pelan. Malas lah nak tengok muka dia. Nanti lepas kahwin boleh je tengok muka dia.

"Nae, my love."

-_-

"Kau............" aku menjedakan ayat aku sebentar.

"Kau betul-betul cintakan aku ke?" Tudia. Soalan paling bodoh aku tanya. Dah sah-sah lah aku tahu jawapan Taehyung.

"Mestilah aku cintakan kau. Aku bersumpah. Aku tak pernah tipu perasaan ni. Demi Allah, Zainira. Aku cintakan kau kerana Allah." Jawab Taehyung tegas dan padat.

Aku tergamam mendengar jawapan Taehyung yang sangat serius itu.

"Tapi kenapa kau pilih aku? Kenapa tak pilih peminat kau sendiri? Kenapa mesti aku? Bak kata Suga 'Army who have a boyfriend is betray' dan kau termasuk salah seorangnya. Kau mengkhianati Army."

Taehyung terdiam bila aku mengulangi ayat Suga. Mungkin deep?

"Nae. Memang betul Suga hyeong cakap macam tu tapi bukan aku yang cakap. Memang aku khianati Army tapi aku tak pernah sesekali mengabaikan Army. Aku masih sayangkan Army. Aku pun sayangkan kau juga." Jawapan Taehyung membuat aku mengeluh kecewa.

"Banyak Army sayang dan mencintai aku tapi aku tak boleh kahwin sekaligus semua Army. Army ni ramai dan aku hanyalah seorang Kim Taehyung. Aku pilih kau pun sebab hati aku dah lama terpaut kat kau. You are my first love! My feeling towards of you never change even you treat me so bad."

"Tapi aku dengar dari Echa, kau nak kahwin dengan Army je tapi aku bukan Army."

"Nae. Memang kau bukan Army tapi not right now. Hati kau akan terbuka untuk aku suatu hari nanti. Bila hati kau dah terbuka, masa itu juga lah kau adalah Army hehehe~" Taehyung tergelak kecil bila dia membayangkan masa depan dia dengan Zainira.

Aku menayang muka takde perasaan. Aku memutuskan berdiam diri sahaja.

Pandai sungguh lelaki ini cari jawapan.

"Sebab aku tahu kau adalah orang yang terbaik dalam hidup aku. Aku percaya kau boleh jadi isteri yang baik dan jadi ibu paling terbaik untuk anak-anak kita nanti. Setiap kali aku dalam kesusahan kau mesti ada di sisi aku tanpa kau sedar. Kau tolong aku. Kau banyak kali selamatkan aku daripada bahaya even masa tu nyawa kau terancam. Seolah-olah kau penyelamat hidup aku, Zainira." Sambung Taehyung lagi.

[C] YOU BELONG WITH ME!!! -KIM TAEHYUNG-Onde as histórias ganham vida. Descobre agora