EPISODE 54 (PLEASE, SAVE HER!)

19 3 2
                                    

Continue...

[TAEHYUNG POV]

"Excuse me! Perasaan suka kat kau langsung tak pernah muncul pun dekat hati aku lah. Meluat lagi lah ada!" Jawab Zainira dengan kasar.

Ayat Zainira membuat hati aku berkecai-derai. Aku toleh belakang dan membuka langkah meninggalkan dia. Aku tersinggung. Aku buat dia meluat ke selama ni???

"Taehyung~" Kedengaran Zainira memanggil aku.

Aku terus berjalan taknak menoleh. Masih sakit hati ni. Jangan harap kau boleh pujuk aku! Hmmpphh!

"KIM TAEHYUNG!!!" Kali ni nama aku dijerit dengan kuat oleh Zainira.

Aku toleh belakang dan mengerut dahi. Kelihatan Zainira berlari laju menuju ke arah aku dengan riak wajah yang terlalu risau. Eh? Dh kenapa minah genit ni?

DUMMM!!!

Terdengar bunyi sesuatu hentakkan besi yang kuat jatuh. Tak lama lepastu, kedengaran beberapa bunyi jeritan oleh orang sekeliling aku.

"Aduhhh..." Rintih aku sakit kerana badan belakang aku selamat terhempap di atas jalan yang ada berbatu kecil tajam. Badan aku sakit!!

Terasa ada seseorang di atas badan aku dengan tangan yang membantalkan kepala aku supaya tidak jatuh terhentak di atas jalan yang dipenuhi oleh batu-batu kecil yang tajam.

Perlahan2 aku membuka mata. Terkedu aku melihat muka Zainira terlalu rapat dengan aku. Dahinya berkerut seakan menahan sakit. Kenapa?

"Awak okay?" Tanya Zainira perlahan.

Aku mengangguk kepala dalam keadaan bingung. Apa yang berlaku sebentar tadi? Zainira tersenyum kecil melihat aku.

Tiba2 setitis darah jatuh ke pipi aku. Darah itu mengalir keluar daripada kepala Zainira. Aku tercenggang. Kemudian, mata gadis itu terus terpejam rapat. Tidak sedarkan diri.

"ZAINIRA!!!" Eonjin yang paling dekat dengan aku itu terus berlari menuju ke arah aku.

Aku perlahan bangun dari pembaringan dan mengangkat kepala Zainira yang berdarah itu ke paha aku. Tidak semena2 air mata aku jatuh perlahan.

Zainira.....kenapa kau perlu selamatkan aku?

"SESIAPA TOLONG CALL AMBULANS!! CEPAT!! DARAH ZAINIRA DAH KELUAR TERLAMPAU BANYAK NI!!! CEPAT WEEHHHH!! MATI ANAK DARA ORANG NI!!! KANG TAK PEPASAL TAEHYUNG JADI DUDA MUDA SAMPAI KE TUA!!!" Jerit Jongwon lantang dalam keadaan cemas dan gelabah.

Rapmon pantas sahaja menaip nombor ambulans secepat mungkin dengan muka dia sudah terlalu risau tahap gaban. Aku jeling melihat si Jongwon. Bertuah punya cousin! Time mcm ni sempat pula dia nak buat lawak.

Keadaan mula berubah menjadi riuh. Semua disitu memandang aku dan Zainira dengan pandangan sukar ditafsirkan. Aku mengabaikan pandangan mereka malah mata aku masih setia melihat muka Zainira yang mula berubah pucat.

Sekarang ni Zainira perlu dalam keadaan selamat. Aku taknak kehilangan gadis aku!

Tak lama kemudian, bunyi siren mula kedengaran dan semakin lama semakin dekat dengan kawasan perumahan aku. Tangan aku sudah mengiggil ketakutan. Tubuh badan Zainira mula perlahan2 jadi sejuk lain macam.

TIDAK!

NO!!

Zainira tolong kuat!!

Demi aku......

*HOSPITAL*

Aku dan yang lain duduk di tempat menunggu untuk pelawat. Eonjin duduk di barisan paling hujung ditemani Jeong Gyu yang cuba memujuk adik bongsunya yang sedang menahan esakan. Daripada tadi dia cuba menahan tangisan dia dan tidak bersuara.

[C] YOU BELONG WITH ME!!! -KIM TAEHYUNG-Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt