EPISODE 52 (SHE NOT A GIRL! SHE IS HE!)

33 3 26
                                    

Keesokan harinya...........

Semua barang sudah siap dikemas dan disusun rapi di dalam bonet van hitam BTS.

"Jin bawa kereta baik-baik. Ingat, kau tengah bawa satu-satunya anak dara orang tu." Pesan Manager Kim Sejin.

Sesekali matanya memandang wajah Zainira yang duduk di tepi tingkap. Risau akan keselamatan gadis itu. Bukan apa dh lah tempat mereka pergi bukan dekat tetapi jauh. Daegu pula tu.

Manager Kim Sejin ingin mengikuti mereka namun dilarang oleh anak-anak buahnya. Tak lain tak bukan BTS.

Lagipun tempat mereka pergi pun bukan ada Army yang ada hanyalah saudara-mara terdekat keluarga Taehyung sahaja. Buat apa Sejin perlu risau dan bimbang keadaan mereka.

"Baiklah hyungnim. Hyungnim boleh percaya kat aku. Aku kan orang yang hyungnim boleh dipercayai so biar aku ambil tugasan hyungnim buat sementara waktu." Balas Jin dengan penuh yakin.

Sekarang BTS dan Zainira sudah berada di dalam kereta. Jhope, Jimin dan Suga berada di seat paling belakang. Zainira, Taehyung dan Jungkook berada di seat tengah. Dan Rapmon pula duduk di tempat sebelah pemandu.

Tiba-tiba Taehyung menghampiri Zainira.

'Eh kenapa pula mamat alien ni? Makin lama muka dia makin dekat dengan aku! Ya Allah. Wangian dia tetap kuat. Aduhhhh!!!'  Desis hati Zainira yg sudah resah.

Sejujurnya, wangian Taehyung asyik membuat jantung gadis itu berdebar. Dia sendiri tak tahu kenapa.

Tapi apa yang pasti dia sangat menyukai wangian Taehyung. Dia rasa tenang.

Tangan Taehyung mencapai sesuatu di sebelah Zainira.

ZAPPPP!!!

Seatbelt Zainira dipasang oleh Taehyung.

"Asal muka kau merah? Aku cuma nak pasang seatbelt kau je. Ohhhh...ni mesti---"

"Aip! Apa?! Kau jangan nak fikir bukan-bukan. Lain kali jangan buat benda secara mengejut. Bagitahulah dengan aku. Aku boleh buat sendiri." Jelas Zainira lalu menoleh ke luar tingkap.

"Taknak." Sakat Taehyung yang memang sengaja mengusik Zainira macam tu.

Paling seronok bila melihat muka Zainira bertukar malu. Itu yang buat Taehyung makin rancak menyakat si gadis idaman dia.

Mereka yang lain melihat perbuatan Taehyung tu hanya mampu menggeleng kepala sahaja. Ada-ada je idea mengusik Taehyung tu.

Tapi itu sudah berjaya membuat mereka tersenyum senang melihat muka Taehyung asyik tersenyum dan bahagia.

Lagu di radio buat mata Zainira makin lama makin berat. Akhirnya, mimpi mula menguasai diri dia.

❤❤❤SKIP❤❤❤

*DI DAEGU*

"Taehyung, kau bangunkan Zainira tu." Arah Rapmon sebaik sahaja mata dia menatap rumah besar Taehyung yang tersergam indah di depan mata.

Yup, mereka sudah sampai. Zainira pula masih tidur. Tiada tanda-tanda dia ingin bangun.

"Baik hyeong!" Jawab Taehyung semangat. Mereka lain terus sahaja keluar dari van meninggalkan Taehyung dan Zainira sahaja dalam tu.

Taehyung mengambil kesempatan dengan memerhati wajah Zainira yg lena. Tenang hatinya melihat gadis yang dia amat cintai kelihatan tenang dalam keadaan tidur.

Tanpa dia sedari, perlahan-lahan tangannya mengusap pipi Zainira lembut. Taknak menganggu tidur gadis itu. Tak lama lepastu, tangan Taehyung sudah berani mengusap bibir merah Zainira.

[C] YOU BELONG WITH ME!!! -KIM TAEHYUNG-Where stories live. Discover now