EPISODE 71 (YOU'RE MY FIRST LOVE)

34 3 30
                                    

[AUTHOR POV] 12:00 a.m..

Mata Taehyung sedang memerhati kelakuan Zainira yang sibuk mengemas baju untuk dibawa pulang ke Malaysia semula.

Faliq dan Echa pula terpaksa pulang Malaysia lebih awal sebab ada masalah yang berlaku kat company. Mereka tiada pilihan lain. Terpaksa mereka tinggalkan Zainira kat sini.

"Kenapa pandang saya macam tu." Soal Zainira pelik apabila terasa dirinya asyik di perhati oleh Taehyung sedari tadi.

"Salah ke saya nak pandang awak?" Balas Taehyung dengan berbalas soalan.

Dia mula menghampiri Zainira yang berdekatan di katil. Kemudian, dia duduk birai katil lalu matanya memandang gadis itu semula.

"Tak salah. Cuma saya nak ingatkan, pandangan mata tu kena jaga sebab ianya tak bagus. Nanti fikir lain pula." Balas Zainira.

Dia kembali melipat baju semula untuk dimasukkan ke dalam beg bagasi. Taehyung terdiam. Dia mencerna semula ayat Zainira sebentar tadi.

"Fikir lain apa?" Usik Taehyung dengan senyum senget. Sebenarnya, dia faham apa yang dimaksudkan oleh Zainira.

'Mesti pasal byuntae kan?'

"Lorrhh....fikir lain lah. Nanti awak jatuh cinta siapa susah." Jawab Zainira selamba.

Taehyung tersentak. Nampaknya tekaan dia salah. Tak habis2 otak byun kau ni, Taehyung. Cuba jauhkan. Tak bagus untuk otak kau!

"Biarlah saya nak jatuh cinta kat awak. Lagipun ni perasaan saya. Kehadiran cinta tu datang sendiri tanpa di duga." Taehyung cuba memberi kata laluan berharap Zainira teka apa maksud sebenar dia.

Dia nak Zainira tahu yang dia dah lama suka gadis yang berselendang hitam itu, iaitu Nur Zainira. Dia serius dengan gadis itu.

"Saya tahu. Cinta tak boleh main paksa-paksa." Ujar Zainira yang sememangnya reject Kim Taehyung. Sengaja buat2 tak faham apa dimaksudkan oleh lelaki itu.

Taehyung kecewa mendengar balasan Zainira. Ternyata Zainira boleh tahan lurus bendul dia. Terlalu lurus.

Tanpa sedar, Taehyung melepaskan keluhan kasar. Ada sesuatu yang menganggu hati lelaki itu.

Teringat dia perbualan antara Zainira dan Echa. Sebab sebenar kenapa gadis itu berusaha menggelakkan diri daripadanya.

"Kenapa?" Tanya Zainira prihatin.

"Awak perlu pulang hari ni ke?" Luah Taehyung sedih.

"A'ah. Lagipun masa saya dah lama tamat. So, saya kena pulang. Lagipun banyak kerja lain yang saya perlu siapkan. Tak baik tangguh2 kerja. Rasanya tentu keluarga saya tengah risaukan saya sebab sudah lama saya tak balik kampung dan tak bercontact dengan mereka." Jelas Zainira lalu tangan dia menzipkan beg bagasi dia tanda sudah selesai memasukkan semua baju.

Zainira ingin mengangkat beg tetapi di halang oleh Taehyung.

"Biar saya tolong." Pantas sahaja Taehyung mengambil pemegang beg daripada tangan Zainira.

Sejujurnya, dia belum ready nak suruh Zainira pulang semula. Tapi, apakah daya. Zainira pun manusia. Dia pun ingin pulang ke tanah air juga. So, dia tiada hak nak halang Zainira pergi mana pun.

Taehyung berlalu keluar bersama dengan beg bagasi Zainira. Terkebil2 mata Zainira memandang jejaka itu berlalu pergi. Angguk tak gelang tak tetiba Taehyung terus rampas beg dia.

Gelang kepala sahaja Zainira mampu buat. Dah tahu sangat perangai Taehyung macam mana. Kalau ada benda tersalah cakap tentu Taehyung merajuk atau marah. Itulah personaliti lelaki itu. Semuanya serba tak kena.

[C] YOU BELONG WITH ME!!! -KIM TAEHYUNG-Where stories live. Discover now