EPISODE 88 (YOUR MINE!!!)

52 2 9
                                    

[ZAINIRA POV]

Hairan aku apabila melihat mami, dady, omma, appa dan BTS yang lain sedang berkumpul. Macam bincangkan sesuatu hal serius.

Lama juga aku tunggu ketibaan Taehyung. Mereka cakap Taehyung dah lama sampai tapi mana tubuh susuk lelaki itu. Langsung tak nampak pun.

"Mana pula perginya si Taehyung? Dah lah aku tak sabar tengok kawan aku sorang ni jadi isteri dia." Ucap Echa tersengih-sengih kambing.

"Eleh. Cakap je kau nak jumpa Park Jimin hari-hari melalui aku kan?" Jeling aku.

Echa tersengih kerang busuk melihat aku.

"Itu salah satunya tapi aku memang happylah untuk kau sebab hari ni hari bahagia kau. Siapa sangkakan Taehyung itu adalah jodoh kau. Jeles pula aku dibuatnya."

Aku mengeluh.

'Senanya hari ini hari kebahagiaan Taehyung.' Bisik hati kecil aku.

10 minit berlalu......

Mereka yang berkumpul itu mula menapak ke arah aku dengan riak wajah mereka macam sedih tentang sesuatu.

Dady mula mengambil tempat di depan tok kadi sebagai wali. Mami dan Puan Kim sudah duduk disebelah aku.

Makin berkerut dahi aku sebaik sahaja ternampak Jungkook mula duduk bersila di depan Dady aku dan mereka mula berjabat tangan.

Wait! Apa yang berlaku ni? Kenapa Jungkook pula duduk kat situ?

Mana Taehyung?

"Muhammad Aqil Jungkook Bin Ibrahim Jeon, aku nikahkan kau Nur Zainira Binti Jeffery dengan mas kahwin RM60,000 tunai."

Jantung aku sudah berdebar sakan. Adakah aku akan jadi isteri kepada Jeon Jungkook?

"Aku Muhammad Aqil Jungkook Bin Ibrahim Jeon terima nikah Nur Zainira Binti Jeffery dengan mas kahwin RM60,000 tunai."

Tetiba air mata aku keluar sendiri apabila melihat situasi depan mata aku sudah berubah dalam sekelip mata.

Kenapa Jungkook gantikan tempat Taehyung?

Mana Taehyung menghilang?

"Sah?"

"Sah sah."

"Alhamdulillah. Kita baca doalah ye." Semua hadirin mula menadah tangan kecuali orang non-muslim.

Aku jeling sekilas melihat Echa. Echa pula memandang aku dengan perasaan bingung.

Aku hanya mampu mengangkat bahu tanda tidak tahu menjawab persoalan dia.

"Aminn ya rabbal alaminnn~"

Sesudah bacaan doa, aku menyalam tangan mami aku dan memeluknya serta diberikan ciuman pada pipi. Setelah itu, aku turut berbuat demikian pada Puan Kim.

Jungkook mula bangkit dari duduknya dan duduk di hadapan aku.

Aku pandang wajah dia dengan perasaan celaru. Sepatutnya Taehyung duduk depan aku.

Dia tersengih memandang aku sebelum cincin kahwin dia ambil.

Aku tertanya-tanya sah ke perkahwinan macam ni? Aku tak setuju jadi isteri Jungkook! Sempat tak kalau aku membantah sekarang??

"Hulurkanlah tangan bie tu." Tegur mami.

Aku tersentak dari mengelamun.

Perlahan-lahan aku hulurkan tangan aku ke arahnya. Dia pegang tangan aku lalu memasukkan cincin kahwin pada jari manis aku.

[C] YOU BELONG WITH ME!!! -KIM TAEHYUNG-Where stories live. Discover now