EPISODE 75 (BLOOD, SWEAT & TEARS) 🔞🔞🔞

40 2 10
                                    

CONTINUE...
.
.
.

[ZAINIRA POV]

Sekian lama aku berfikir, akhirnya aku membuat keputusan untuk menceritakan segalanya kepada Echa. Kadang-kadang takut juga tengok dia jadi Hulk! Seram!

"Hah!!.....itulah kau tak nak ikut cakap aku! Kan dah tahu akibatnya nanti?!! Aku suruh kau terima Taehyung kau taknak sekarang dia dah obses kat kau! Itulah mulut cakap besar badan yang binasa. Kau selesaikan lah masalah kau sendiri!" Bebel Echa panjang sebaik sahaja habis dengar cerita aku.

Aku sudah menunduk kepala. Nampaknya, Echa betul2 marah kat aku. Tapi, ni salah aku juga tanpa memikirkan perasaan Taehyung masa tu. Ni memang salah aku.

Ohhh baru sekarang sedar kesilapan sendiri?? Tak patut tak patut.

"Kau nak buat apa sekarang ni?" Soal Echa sambil menyilang tangan di depan aku.

"Sembunyikan diri?" Balas aku ragu2.

"Kau nak sembunyi kat mana?"

"Sebab tu aku minta tolong kau. Tolong aku cari rumah sewa lain buat sementara waktu sebelum 2 minggu. Sebab BTS akan pergi kat sini semula selepas 2 minggu." Jelas aku.

Echa sudah melepaskan keluhan berat. Tentu dia buntu juga kan?

"Kau tahukan rumah sewa kat sini susah nak cari?" Balasan Echa membuat harapan aku makin tipis.

Memang betul pun. Rumah sewa sekarang susah nak cari.

"Kau tinggal lah hotel buat sementara waktu. Nanti aku pandai-pandai lah reka cerita yang kau travel ke apa ke. Tentu Taehyung percaya."

Terus aku memeluk badan Echa yang chubby tu.

"Terima kasih wehh! Kau lah sahabat setia aku! Sebab ni aku sayang gila kat kau!" Ucap aku penuh perasaan.

"Isshhh....lepaslah! Rimas tahu tak?!" Marah Echa sambil meronta2.

Tapi aku tak peduli. Aku makin mengeratkan pelukan.

"Baru sekarang nak sayang aku bagai. Time aku bagi kau nasihat taknak dengar cakap aku. Degil! Sekarang apa dah jadi???" Bebel Echa lagi.

Aku mengabaikan bebelan dia. Sebaliknya aku hanya mampu mengucapkan terima kasih kepada dia sahaja.

"Terima kasih sangat-sangat." Ucap aku lagi.

"Yelah. Sama-sama. Lain kali kau jangan reject Taehyung." Pasrah sahaja Echa membiarkan dirinya di peluk kuat oleh aku.

❤❤SKIP❤❤

"Wehhh kerja kau dah siap ke? Kerja aku dah habis ni." Ujar aku sambil mengemas barang di atas meja kerja aku.

"Belum lagi. Banyak benda aku nak buat ni. Aku kena susun semua fail-fail artis ni belum termasuk schedule mereka lagi. Aishhhh pening kepala aku." Rungut Echa dengan wajah dimonyokkan.

"Kalau macam tu, aku pulang dulu lah. Kalau kerja kau dah siap call aku. Nanti aku jemput kau."

"Okay babe! Anything, I will roger you later." Balas Echa.

Aku tersenyum melihat telatah dia sebelum berlalu pergi sebaik sahaja mengucap ayat salam kepada dia.

Echa bertindak melambai tangannya. Aku membalas lambaian dia. Kemudian, aku menuju ke parking kereta. Masa untuk balik!

Dalam hampir 2 jam tu aku sudah sampai ke rumah. Kunci rumah dibuka sebelum di pulas masuk. Aku mula berasa penat sebaik sahaja masuk ke dalam rumah. Ini perkara biasa kalau penat sebab bekerja.

[C] YOU BELONG WITH ME!!! -KIM TAEHYUNG-Where stories live. Discover now