EPISODE 73 (NIGHTMARE)

26 3 13
                                    

[ZAINIRA POV]

Aku bangun dari tidur sebaik sahaja alarm aku berbunyi menandakan waktu Subuh tak lama lagi masuk. Aku nak keluar dari bilik tetapi tubuh aku ditarik oleh seseorang.

Aku terkejut. Terus aku meronta2. Ya Allah! Perogol mana pula muncul ni?! Air mata aku mula mengalir keluar deras apabila perasaan takut menguasai aku.

Lelaki tersebut masih tidak melepaskan aku. Badan aku di peluk dari belakang olehnya dengan erat. Dia seolah2 taknak melepaskan aku.

"Hai sayang." Sapa lelaki itu sinis.

Aku terkedu. Asal suara dia macam kenal eh?

"I miss you so bad. How could you leave me alone at Malaysia? Its was hurt, you know sayang?" Ucap dia lagi dengan penuh lembut.

Geli telinga aku apabila dia bersuara pada telinga aku. Jantung aku berdetak laju. Malaysia? Membulat mata aku. Maknanya dia.......Ya Allah!

Dia terus memusingkan badan aku untuk menghadap dia. Aku memandang anak mata dia. Ya Allah. Dia.....dia ada kat sini?!

Dia adalah..........

T

erus aku terbangun dari tidur aku. Jantung aku berdetak dengan hebatnya. Astagfirullah hal adzim. Kenapa aku mimpi macam ni? Kenapa aku rasa mimpi macam tu nyata? Kenapa dalam mimpi tu aku dapat rasa yg seseorang psiko terhadap aku? Harap2 minta dijauhkan.

Aku mengeluh. Jangan terlalu percaya Zainira. Ni mainan tidur! Mainan syaitan je yang suka masuk dalam mimpi kau. Dia saja je nak takutkan kau.

TOKK!! TOKK!!

"Zainira, kau dah bangun ke?" Kedengaran suara Echa menerjah pendengaran aku.

"Dah. Kejap lagi aku keluar." Sahut aku.

"Cepat lah nanti lambat masuk kerja. Aku taknak terkandas jalan sesak nanti." Pesan Echa awal sebelum dia berlalu pergi.

Aku melepaskan keluhan panjang. Terus aku bangkit dari katil dan mengemas tempat tidur aku. Tuala yang tergantung di depan pintu bilik di capai sebelum membuka pintu dan keluar dari bilik.

❤️ *Korean, Seoul* ❤️

[TAEHYUNG POV]

"Taehyung! Kau nak pergi mana ni dengan segala beg pakaian kau ni?" Soal Jin hairan apabila terpandang aku membawa keluar beg bagasi aku dari bilik.

"Malaysia." Jawab aku sepatah.

"Mwo?! Kau gila ke?! Taehyung, kita belum comeback lagi tapi kau nak pergi ke Malaysia pula?" Tegur Rapmon pula.

"Aku tak peduli hyeong. Aku nak jumpa dengan Zainira. Aku tak boleh berjauhan daripada dia." Kata aku tegas.

Beg bagasi aku bawa menuju ke ruang tamu.

"Kau tak boleh jumpa dengan Zainira!!" Halang Suga keras.

"Kenapa pula?!" Bentak aku geram.

Aku tak suka kalau ada orang halang aku dari terus berjumpa dengan Zainira. Aku pantang betul bila mendengar.

Aku buat-buat pekak. Aku endahkan larangan mereka. Aku terus memasang kasut.

"Tepi Jimin!" Pinta aku serius kerana Jimin menghalang pintu utama bersama Jungkook.

"Taknak! Kau tak boleh pergi Malaysia macam tu je."

"Suka hati aku lah! Aku nak berjumpa dengan Zainira!!" Jerit aku geram.

[C] YOU BELONG WITH ME!!! -KIM TAEHYUNG-जहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें