EPISODE 80 (BE MY WIFE?)

24 1 0
                                    

[ZAINIRA POV]

'Kita jumpa di restaurant Hilton hotel. Kejap lagi aku sampai.'

Aku menghantar mesej kepada Taehyung. Beg silang yang tergantung di dinding bilik aku capai dan keluar daripada bilik.

"Mami! Bie nak jumpa dengan Tae!" Laung aku sambil tergopoh-gopoh memasang sandal di luar rumah.

"Nak bagi jawapan ke?" Soal mami meminta kepastian.

Aku mengangguk tanda mengiyakan. Tangan mami aku capai dan cium.

"Harap bie setuju." Lidah aku terkelu mendengar harapan daripada mami.

"In Shaa Allah."

Pantas kaki aku beredar dari rumah dan menuju ke arah kereta aku. Aku tak pasti tentang aku nak berkahwin dengan Taehyung.

Kalau aku tolak macam mana? Tentu mami dengan dady kecewa kan? Tapi aku belum bersedia nak berkahwin. Aku bukan suka mamat tu!! He's not my type okay!

Stereng kereta aku hentak tanda aku begitu stress. Kenapa nasib aku jadi macam ni? Tanpa melengahkan masa, terus aku memecut kereta di lebuh raya tanda memikirkan pengguna yang lain.

Jerawat dekat pipi kanan pun satu hal! Bila aku stress, gatal je nak muncul! Ingat senang ke nak buang bekas?! Marah betul aku hari ni.

[Author POV]

Pukul 4:00 pm Taehyung dah tercongok di dalam restaurant yang sepatutnya dia dengan Zainira berjumpa pada hari ini.

"Sorry buat kau tertunggu." Sapa Zainira sebaik sahaja dia sampai.

Taehyung menggeleng kepala tanda tidak mengapa.

"So......apa jawapan kau?" Tanya Taehyung tidak sabar dengan matanya sudah bersinar-sinar.

Tidak sabar mendengar jawapan dari mulut Zainira, pujaan hatinya. Zainira melepaskan keluhan berat sebaik sahaja duduk berhadapan dengan Taehyung.

Soalan Taehyung dia tidak menjawab malah mengabaikannya sahaja. Wajah lelaki yang berada di hadapannya di pandang lama.

"Waeyo?"

"Apa motif kau bawa semua ustaz pergi ke rumah aku? Kau sengaja je kan biar mami dan dady aku dapat tahu kisah sebenarnya kan?" Herdik Zainira perlahan. Taknak tarik perhatian pelanggan lain.

"Yup. Memang itu niat aku. Selama ni aku bagi kau peluang untuk terima aku tapi kau tolak mentah-mentah peluang yang aku bagi kat kau. So, aku takde pilihan lain selain bertindak jauh macam ni." Terang Taehyung sinis.

Makin membara hati Zainira apabila mendengarnya. Nak je dia robek-robek mulut puaka mamat tu.

"Dan aku buat semua ni sebab aku nak pikat kau Zainira. Demi Allah Zainira, aku memang ikhlas cintakan kau dan aku nak kau sorang je dalam hidup aku." Ucap Taehyung bersungguh-sungguh.

Zainira tetiba terdiam. Entah kenapa dia berasa serba salah terhadap Taehyung. Selama ni Taehyung berusaha nakkan dia tapi dia pula hanya anggap semua itu hanyalah permainan semata-mata sahaja.

Al-maklumlah gadis tu anti-lelaki. Mana nak percaya lelaki begitu mudah 123 kan?

Melihat Zainira yang dari tadi mendiamkan diri, terus Taehyung menanya soalan cepumas sekali lagi sehingga membuat otak gadis itu terhenti sekejap. Dia lupa tentang lamaran Taehyung semalam.

"Will you be my wife?"

Zainira melepaskan keluhan berat. Demi keluarganya dan demi maruah keluarganya terpaksa dia memberi kata putus kepada Taehyung.

"Jadi, kau nak sangat aku kahwin dengan kau kan? Okay. Aku setuju."

Terkejut bukan main kepalang Taehyung apabila mendengar jawapan setuju dari mulut gadis itu sendiri.

"Are you serious Zainira?! Alhamdulillah. Thank you so much Zainira sebab sudi terima aku." Ucap Taehyung yang begitu happy pada rupanya.

Matanya sudah bergenang dengan air mata bila-bila masa sahaja ianya akan jatuh tanda itu air mata kegembiraan dia.

"Tapi dengan syarat, walaupun kita dah kahwin nanti, aku takkan benarkan kau sesekali sentuh aku! Which means no sex at all. Boleh Taehyung? Taehyung setuju?" Kata Zainira yg sudah tersengih sinis.

"MWO?!! Tapi kenapa? Kau jadi isteri aku yang sah juga nanti. And why not I can't touch you all?" Tanya Taehyung tidak berpuas hati disertakan dengan pandangan geram dilemparkan ke arah gadis di depan matanya.

"Take it or leave it Taehyung." Zainira sudah tersenyum mengejek.

Badannya disandarkan pada kerusi sambil merenung wajah Taehyung yang tidak berpuas hati.

Taehyung mendengus. Syarat apa ni?! Kenapa pula dia tak boleh sentuh gadis itu sedangkan dorang tak lama lagi sah.

"Okay fine. Aku setuju."

Terus mati senyuman Zainira. Dia ingat lelaki itu tidak akan bersetuju apabila dia letak syarat sebegitu.

"Minggu depan nanti aku bawa keluarga aku pergi ke rumah kau. Biar keluarga kita berbincang tentang hal perkahwinan kita." Kata Taehyung yg masih berbaur tidak berpuas hati.

'Tak lama lagi musnahlah kehidupan aku nanti. Bye bye my status single and......will become future wife to.........'

"KIM TAEHYUNG."




TO BE CONTINUED

TO BE CONTINUED

Ups! Gambar ini tidak mengikuti Pedoman Konten kami. Untuk melanjutkan publikasi, hapuslah gambar ini atau unggah gambar lain.
[C] YOU BELONG WITH ME!!! -KIM TAEHYUNG-Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang