EPISODE 66 (CONVERT TO MUSLIM)

23 3 5
                                    

BEBERAPA MINGGU KEMUDIAN....

Aku berjalan keluar dari wad aku dan menuju ke wad Zainira yang berada di hujung koridor. Kali ni aku tak pakai kerusi roda. Akhirnya, kaki aku sudah sembuh sepenuhnya!

Happy?

Tak. Aku hanya happy kalau Zainira dah sedar. Itupun sudah membuat aku bahagia.

Mana BTS yang lain? Ouh! Mereka tengah berbincang pasal tempat Zainira bekerja. Sepatutnya Zainira dah pulang 3 bulan lepas tapi.........tahu2 lah en.

"Zainira." Panggil aku sayu lalu duduk di atas kerusi yang di sediakan.

Aku menatap wajah dia. Masih sama. Tiada perubahan. Tangan kanan dia aku capai lalu digengam lembut. Aku mencium tangan dia dengan penuh kasih dan sayang.

Tak boleh ambil kesempatan nanti Zainira marah.

Tapi aku tak kisah. Biarlah Zainira marah sekali pun. Aku dah lama tak dengar suara dia. Aku nak buat Zainira sedar. Sebab tu aku selalu ambil kesempatan ke atas dirinya setiap kali aku datang melawat. Kecuali bibir dia lah. Aku masih ada rasa hormat k.

"Bangun lah Zainira. Dah berapa lama kau nak tidur ni? Kau tak takut gemuk?" Aku cuba membuka topik perbualan.

Ni lah kerja aku. Bercakap dengan Zainira yang masih tidur lena di atas katil. Tapi aku tak jemu pun. Itu tandanya aku memberi kekuatan dan sokongan kepada Zainira. Dia perlu sedar!!!

"Hiks....hiks....hiks..." Tiba2 sahaja air mata aku meluncur laju tanpa kehendak aku.

Lantas sahaja aku mengelap air mata aku dan tergelak kecil berpura2 aku masih kuat. Aku cuba tahan air mata aku sebaik mungkin.

Jangan nangis depan Zainira!

Jangan!

Everybody say no!!

Ingat kau kena kuat untuk Zainira.

Tiba2 aku teringat pesanan Zainira.

//FLASHBACK//

"Zainira, aku nak tanya sesuatu ni." Soal aku sebaik sahaja aku masuk ke dalam biliknya.

Zainira mengangkat kepala dari terus menghadap laptop.

"Mwondae?"

"Andai kata kalau aku ditimpa kemalangan kau nak buat apa?" Tanya aku berhati2.

Gadis manis itu terdiam. Dia berfikir sejenak.

"Kenapa kau tanya soalan macam tu?" Tanya Zainira tidak senang.

"Saja je nak tanya. Aku nak tahu juga apa tindakan kau." Kata aku manja.

"Kalau aku enn.....aku akan beri kata2 penuh semangat dan sokongan terhadap kau kalau kau masuk koma. Aku terus bercakap hingga kau sedar. Aku sembahyang dan berdoa supaya kau beri kekuatan, kesihatan dan kesejahteraan untuk diri kau. Tapi itu memang amalan aku yang perlu dibuat. Aku sentiasa berdoa untuk semua orang." Terang Zainira dengan senyuman manis dia.

"Kalau macam tu kenapa tak doa je kau kahwin?" Kata aku bersahaja.

"Kahwin?! Aku nak kahwin lelaki Islam tapi tulah jodoh belum sampai lagi."

"Apa yang perlu ada untuk bakal suami kau?"

"Hanya 4 perkara yang aku nak, iaitu keakhlakan dia, kekacakkan dia, keagamaan dia dan harta. Kalau takde harta macam mana nak beri tempat tinggal dan makanan untuk isteri dan anak2 dia kalau takde harta, betul tak?"

Aku terdiam.

Kacak ada.

Harta ada.

Keakhlakan?

Rasanya Zainira pernah bagitahu yang keakhlakan sama maksud dengan saling hormat-menghormati kan?

Rasanya ada kot.

Keagamaan pula.

Aku mengeluh. Aku blur pula.

"Kalau macam tu, kahwin dengan aku lah." Cakap aku tanpa berlapis.

"Kahwin dengan kau?! Nak mati ke hah?!" Bentak Zainira marah.

"Aku taknak mati tapi aku nak kahwin dengan kau." Kata aku lagi.

"TUTUP MULUT KAU KIM TAEHYUNG!!!" Jerkah Zainira dengan amarah dia.

//END FLASHBACK//

Teringat kenangan itu sudah membuat aku tergelak. Apa yang kau pernah kata pada aku, aku buat Zainira.

Aku terus bercakap dengan kau.

Terus memberi kata2 semangat dan sokongan.

Berdoa pun pernah.

Kalau sembahyang?

Aku mengeluh.

Dah berapa lama aku tinggal sembahyang?

Aku hanya menatap wajah dia yang cedera semakin pudar pada wajahnya. Aku termenung melihat wajah dia. Fikiran aku melayang jauh.

Tiba2......

Aku terfikirkan sesuatu. Tidak semena2 senyuman lebar terukir dibibir aku.

Rasanya Zainira suka tak kalau aku buat perkara yang mengejutkan? Dia terima aku tak kalau aku berubah? Lagipun dia nak lelaki yang sama agama dengan dia kan?

Aku tahu keputusan yang aku buat ni tak masuk akal. Banyak perkara yang aku perlu belajar dan menghafal. Tapi aku tetap nak buat juga. Aku buat semua ni demi orang yang aku cintai!

Aku nak Zainira cepat sembuh.

Aku nak Zainira cepat sedar.

Aku nak Zainira.........jadi milik aku.

"Aku nak masuk Islam."





TO BE CONTINUED

[C] YOU BELONG WITH ME!!! -KIM TAEHYUNG-Where stories live. Discover now