EPISODE 68 (SHE WAKE UP!)

32 3 16
                                    


3 TAHUN KEMUDIAN.....

[TAEHYUNG POV]

'Asy hadu alla illaha illallah. Wa'asyhadu anna Muhammadar Rasulullah.'

Aku tersenyum tenang sebaik sahaja mengucap dua kalimah syahadah. Tak sangka hati aku sentiasa tenang. Pandangan dilemparkan ke arah kota KL yang indah pada waktu siang.

Tak kisahlah pagi atau malam, kelihatan banyak kereta beransak-ansak di atas jalan raya. Sentiasa jalan sesak.

Tetapi tetap indah kalau di pandang dari atas. Hihihihi......

Kepala didongak melihat langit yang cerah dan segar dihiasi dengan beberapa gumpalan awan dan beberapa sekumpulan burung sedang terbang untuk mencari rezeki.

Subhanallah! Cantik sungguh. Betapa indahnya ciptaan Allah Yang Maha Esa.

Alhamdulillah, semua perkara mengenai Islam sudah aku ketahui melalui pendidikan yang di tempah khas oleh hyeongnim sebaik sahaja aku tiba di sini.

Bukan pendidikan sahaja, malah ada ustaz yang ditugaskan mengajar aku datang ke bilik hotel ni. Memang itu yang aku pesan kepada hyeongnim.

'Zainira, awak dah sedar ke belum? Saya kat sini baik2 je. Saya sentiasa berdoa untuk menjamin kesejahteraan hidup awak. Saya pun dah pandai sembahyang. Saya dah penuhi segala kemahuan awak. Kini, saya hanya perlu tunggu awak sedar je.' Gumam aku di dalam hati dengan penuh berharap.

Setiap hari aku buat macam ni. Bercakap seorang diri. Normal kan?

Dah tiba masanya aku perlu pulang ke tanah air. Rindu pula dengan group aku. Rindu Army. Rindu buat konsert. Rindu nak buat MV baru. Rindu nak menyanyi. Rindu nak menari.

Beg bagasi hitam dan beg sandang hitam di capai sebelum berlalu keluar daripada bilik hotel yang sudah lama aku duduki. Sunyi betul aku kat sini. Selalunya aku berteman. Sekarang tak sebab aku yang mahu tinggal sorang diri.

BYE BYE MALAYSIA~

*Korean, Seoul*

"Hyeong, boleh pergi hospital dulu tak? Nak melawat Zainira. Rindu betul aku dengan gadis tu. Dah 3 tahun tak bersua muka." Pinta aku kepada Manager Sejin yang bersiap sedia memandu kereta.

"Nae." Balas hyeongnim.

"Mereka yang lain ada dekat hospital ke hyeong?" Aku cuba membuka topik perbualan.

Tetiba awkward kekekeke.

"Takde. Mereka tengah practice tarian baru. Kau jangan risau, position kau sudah ditetapkan oleh Jhope." Balas hyeongnim.

"Buat masa sekarang ni siapa teman Zainira?"

"Echa. Setiap hari Echa melawat jumpa Zainira. Kadang2 Faliq datang menjenguk."

"Faliq dan Echa marah tak dengan aku?"

"Pada mulanya mereka marah sangat kat kau sehingga kau kena disumpah tapi sejak kau ada dekat Malaysia mereka dah tak marah kau lagi. Jangan risau, mereka tahu kau datang hari ni. Jangan terlalu nervous sangat."

[C] YOU BELONG WITH ME!!! -KIM TAEHYUNG-Where stories live. Discover now