55❞

195 29 3
                                    

Jeonghan's

Aku tahu bunyi itu datangnya dari Wonwoo. Dia itu mana reti buat kerja senyap - senyap. Tapi eloklah, dia tarik perhatian. Aku yakin kejap lagi seorang akan ke dapur.

"Kau pergi check." lagi sekali lelaki berparut itu mengarah. Tanpa banyak songeh lelaki itu pergi ke dapur.

See, aku ini mastermind tau. Okay ini peluang aku.

Aku nak buat apa eh?

Ah, lantaklah.

Eh nanti dulu. Tunggu kejap, aku tak ada plan.

"Arghhh!" jeritan kedengaran dari dapur.

Mesti sakit kalau dah Wonwoo yang uruskan. Melihatkan lelaki berparut itu terleka disebabkan jeritan itu, aku rembat kerusi kayu yang terletak tak jauh dari pintu masuk sebelum menolak lelaki itu sekuat mungkin. Kaki kerusi itu digunakan menghala ke lelaki berparut itu, menghalang tangannya untuk menyerangku.

Mungkin kerana terkejut, pergelutannya agak perlahan namun dia masih cuba menolak diriku, cuba mengalihkan kerusi tersebut darinya.

Sakit siot. Perlahannya sekejpa je lepastu dia tolak kuat.

"Wonwoo!" panggilku. Mana mamat ini? Tolong ketuk si gila ini. Wonwoo muncul dengan wajah kosongnya. Kayu yang dibawanya masuk bersama tadi sudah hilang dan kini berganti dengan batang besi. Ada cecair merah padanya membuatkan aku meremang.

Aku rasa besi itu tadi milik lelaki bertopi itu.

"Seorang pun kau tak boleh handle?" Wonwoo bersandar di dinding sambil tersenyum sinis.

Ewah ewah, dia ini.

"Yah--" membulat mataku apabila aku hampir hilang imbangan disebabkan tolakan mengejut si parut ini. Aku tolak kembali, membuatkan dia terhempas pada almari.

Wonwoo mengeluh sebelum menghampiriku yang masih bergelut.

"Kau. Berani kau sentuh perempuan aku?" dengan aku - aku sekali terdiam melihat Wonwoo. Bukan disebabkan 'perempuan aku' itu je tapi riak wajahnya.

Aku rasa mungkin aku akan jadi saksi pembunuhan kejap lagi. Aku taknak.

"Perempuan kau? Siapa? Oh, pelacur itu?" berlagak lelaki berparut itu berkata.

Aku yang terbuntang. Wonwoo aku pandang. Tegak bulu roma aku. Aku boleh kata yang muka Juon lagi tak seram dari dia sekarang ini.

Okay, masa untuk tutup mata sementara Wonwoo uruskan dia. Macam aku cakap tadi, aku taknak jadi saksi pembunuhan.

❛ Enemy in charge. ❜ + j.wonwoo//y.jeonghanWhere stories live. Discover now