43❞

263 47 5
                                    

Aku mengeluh sambil kaki mengorak langkah menuju ke kelas. Semalam lepas rehat Wonwoo terus tak masuk kelas. Sebab dia merajuk dengan aku ke?

Haih, tak senang duduk aku dibuatnya.

"Wonwoo! Selamat pagi!" tegurku sambil tersenyum sebelum duduk di sebelahnya.

Wonwoo memandangku tanpa riak sebelum bangun untuk meninggalkanku namun sempat aku tarik tangannya.

"Nak ke mana?" soalku. Jujurlah, aku terasa. Dia mengelak dari aku. Aku tahu.

Tanganku yang memegangnya perlahan dia tarik dan terus keluar meninggalkan kelas.

Aku mengeluh. Nampaknya dia masih marahkan aku.

"Kenapa itu?" soal Jeonghan yang baru tiba.

"Merajuk."

"Lagi?" aku angguk dengan kata - kata Jeonghan. Apa aku patut buat?

"Sis, good luck pujuk dia." kata Jeonghan sambil menggenggam penumbuk, kononnya beri aku semangat.

Kejadah dia.

"Tolonglah aku."

"Kau tak nampak semalam dia hampir bunuh aku dengan jelingan mata dia? Taknak aku."

Aduh, awal - awal dah tinggal member. Siot je.

Apa aku nak buat ini?

「♡」

Aku kabut menyelongkar begku. Bawah meja aku tengok buat kali ketiga sebelum sekali lagi aku membuka begku.

Aku tak bawa pensel box aku. Dah masa ketiga baru aku perasan? Ini mesti sebab tadi buka buku teks je.

"Aduh..." aku merungut perlahan. Patut ke aku pinjam Jeonghan?

Mataku memandang tangan Wonwoo yang menolak sebatang pen padaku tanpa menoleh. Dia nak bagi aku pinjam?

Aku tersenyum senget.

"Thank you!" ucapku sebelum mula membuat latihan.

"Eh?" aku garu kepala. Jawapan A sampai D nombor bulat tapi aku tekan kalkulator keluar point.

Ini dah masuk kali keempat aku kira. Aku letak kepala atas meja. Tak pernah aku rasa sebengap ini. Adakah semua ini kerana aku duduk rumah tak study dan hanya tengok kdrama?

Mungkin.

Dah tahu bukan gifted tak reti nak study. Ha, memang padan.

Sentuhan lembut pada lenganku membuatkan aku menoleh. Jalan kira yang diconteng pada sehelai kertas ditolak padaku. Aku memandang Wonwoo. Laju dia menolehkan pandangannya, mengelakku.

"Wonuya, kau marahkan aku lagi ke?"

❛ Enemy in charge. ❜ + j.wonwoo//y.jeonghanWhere stories live. Discover now