35❞

284 48 7
                                    

Aku pandang sekeliling. Si Wonwoo ini janji melayu betullah. Jam di telefonku menunjukkan pukul 2 petang membuatkan aku merengus geram. Janji pukul 1 eee dia inilah. Aku bangun dari dudukku.

Starbucks, tempat yang kami janji untuk berjumpa aku keluar.

Mulalah aku nak melilau seorang diri. Aku ini janji dapat cuci mata okaylah dari duduk je tak buat apa. Nanti kalau si mata sepet itu call, aku datanglah balik.

Siapa suruh lambat.

Aku terpandnag sesuatu. Sepasang kasut sarung bertumit berwarna hitam dengan hiasan manik di atasnya menarik perhatianku.

Masalahnya, aku ini bukannya reti pakai kasut bertumit. Mahu patah kaki aku karang.

T-tapi kasut itu cantik. Takpe, kita test je okay?

Aku masuk. Tersengih - sengih aku membelek kasut tadi.

"Akak nak try ke?" soal promoter itu. Aku tersengih memandangnya.

"Saiz 40 ada tak?" kasut sarung tadi diberikan ada perempuan itu.

"Kejap eh, saya pergi ambil." aku hanya mengangguk mendengarnya. Tak lama, dia datang bersama sebuah kotak kasut.

Terus aku duduk dan sarungkan keduanya. Muat. Aku bangun dari dudukkan. Perlahan aku berjalan dengannya. Ewah, eloklah. Cantik pula itu.

Mulalah aku buat catwalk depan cermin kedai ini.

"Mak kau patah!" aku melatah apabila aku terpeleot ketika berjalan.

Terkejut. Ya, memang. Tapi yang lagi aku terkejut sekarang ini, ada yang menyambut aku.

"J-Jeonghan." tak berkelip aku memandang si dia.

"Er, kau okay? Nasib baik aku sempat sambut."

Tiga saat otak aku loading. Tangan Jeonghan yang masih memegangku tolak.

Lupa pula.

"Thanks but kau tak perlulah nak risaukan aku." aku tanggalkan kasut tumit tadi nak berikan kepada promoter tadi sebelum kasutku sarung dan keluar dari kedai tersebut.

Langkahku terhenti apabila terpandang kelibat Wonwoo tak jauh dariku. Eh, dia tunggu kat luar kedai? Atau dia baru sampai.

"Aku suruh kau tunggu kat Starbuckskan?" katanya menyilangkan tangannya pada dada.

"Not my fault that you're late." kataku juga memeluk dada.

"Well it's not mine too, it's his." Wonwoo memandang Jeonghan membuatkan aku juga tertoleh. Jeonghan berada tak jauh dariku. Aku kini di tengah - tengah antara mereka berdua.

"Wait, dia dengan kau?"

"Yea, he's gonna help you."

Eh? Dia? Tolong aku? Lepas ini apa? Tikam aku pula?

❛ Enemy in charge. ❜ + j.wonwoo//y.jeonghanWhere stories live. Discover now