38❞

322 45 2
                                    

Kini tinggal aku dan Jeonghan dan macam yang aku sangkakan. Awkwardlah siot. Nak bernafas pun aku rasa tak selesa.

"Nak beli aiskrim tak?" soal Jeonghan memecah kesunyian.

"Okay." jawabku pendek. Nak sembang apa pun aku takde idea. Ini kalau Sora nampak aku diam gini mesti dia ingat aku demam. Aku mana pernah senyap siot.

"Aku... nak minta maaf." katanya tiba - tiba.

"Hm?" aku memandangnya yang berada di tepiku. Aku dengar tapi saja buat - buat tak dengar. Jeonghan berhenti sebelum berjalan lalu berdiri di depanku.

"A-aku minta maaf. Aku tahu aku salah. Aku salah sebab tak percayakan kau dan aku salah sebab butakan mata aku at the times when you needed me the most." kata Jeonghan sambil memandangku. Aku terkedu. Nasib baiklah dia berhenti ini takdelah ke tengah sangat.

Satu keluhan dilepaskan. Apa boleh buat? Benda dah lepas.

Aku diam, cuba menyusun ayat.

"Kau tahu, disebabkan cara kau lembut, sempoi and selalu tolong aku, aku rasa aku lagi rapat dan selesa dengan kau kalau nak dibandingkan Wonwoo yang kasar dan tak habis - habis nak kenakan aku 24/7." kataku. Aku menarik nafas panjang. Otak masih berjalan, memikirkan cara untuk aku tak tersalah pilih ayat.

"And that was why aku suka kau."

Jeonghan pandang aku terkejut.

"K-kau suka aku? As a friend?" soalnya lagi.

"No, as someone more than friends." aku pandang wajahnya, dia nampak gembira.

"Tapi disebabkan semua yang jadi ini, I'm glad I didn't confess to you. Mungkin kita memang lagi better stay sebagai kawan." kataku tersenyum nipis. Aku tahu, kasar bunyinya tapi aku jujur. Bila dah luahkan ini, aku rasa lega.

Jeonghan terjeda. Nampaklah dia kecewa. Kalau dah namanya Jeonghan, mana reti nak kawal riak muka.

"Aku minta maaf. Aku tak fikirkan pun perasaan kau." kata Jeonghan lagi. Sedih bunyinya. Ada terselit kekesalan dalam nadanya.

Aku tersenyum nipis sebelum mengeluh.

"Aku maafkan kau. Benda dah lepas pun. Dah, jangan sedih - sedih. Kita makan aiskrim lepas itu tengok wayang nak? Kau belanja!"

Ewah, seronokkan aku main suruh je dia belanja.

"Wonwoo?"

"Wonwoo? Tinggallah apa lagi! Siapa suruh tinggalkan dia berdua. Bior dia." aku tersengih memikirkan idea jahatku.

"Okay."

"Okay, jom! Cepat - cepat." aku tarik Jeonghan cepat. Ini kalau Wonwoo nampak mahu dia nak menyemak.

❛ Enemy in charge. ❜ + j.wonwoo//y.jeonghanTahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon