13❞

351 62 14
                                    

"Kau kenapa seminggu tak datang sekolah?" Jeonghan memandangku dengan kerutan. Aku tersenyum nipis. Hoodie yangku pakai kerana acah demam aku betulkan.

"Adik aku sakit." bohongku.

"Adik kau yang sakit kenapa kau pula yang tak datang?" celah Wonwoo pula.

Aku senyum. Soalannya aku biarkan sepi. Buku nota bahasaku buka untuk salin nota - nota lepas daripada Jangmi.

"Sora kan nama dia? Adik kau dah okay ke?" soal Jeonghan lagi. Aku angguk kecil. Mana cikgu ini? Cepatlah masuk, aku dah penat menipu.

Si Jeonghan ini pun satu, jangan banyak tanyalah siot.

"Kau menipu." aku angkat muka pandang Wonwoo yang masih dengan muka bekunya. Aku masih dengan wajah tenangku walaupun otakku dah mula fikir macam - macam.

"Mana ada aku menipu." aku masih berdalih. Suaraku sudah naik. Geram juga dengan orang yang tak faham bahasa ini.

Takkan aku nak bagitahu aku tak datang sebab muka aku bengkak kena lempang dengan lelaki yangku pernah gelar dirinya appa?

"It was an obvious lie." kata Wonwoo lagi. Aku pandang Wonwoo tak puas hati.

"Kalau aku menipu pun kenapa?" aku jeling Wonwoo. Wonwoo memandangku kembali. Seperti biasa, dengan riak kosongnya.

"Woah, guys. Chill." kata Jeonghan. Agaknya aku nampak macam nak bunuh Wonwoo sekarang ini.

"Lantak kaulah." aku bangun, hendak berlalu pergi. Baik aku ke tempat Jangmi.

Tanganku ditarik menghentikan langkahku.

"Argh--" spontan aku mengaduh sakit. Terus Wonwoo melepaskan pegangannya, terkejut. Bukan dia je, semua pandang aku pelik. Yalah, bukannya sakit sangat pun pegang macam itu.

Lengan sweater hoodie yangku pakai tanganku terus diselaknya, menampakkan kesan lebam pada lenganku.

"S-Sarah, tangan kau!" Jeonghan terbeliak. Aku tarik tanganku sebelum lengan yang diselak aku tutup dengan cepat.

"Jangan nak sibuk." jawabku sebelum meninggalkan mereka berdua.

Tiba - tiba tali hoodieku ditarik ke depan, memaksaku untuk terikut sekali.

"I can't unsee that, baik kau diam dan ikut aku ke bilik sakit sebelum aku bagitahu cikgu." Wonwoo berkata. Aku terkebil - kebil.

Kenapa dia nampak risau sangat?

❛ Enemy in charge. ❜ + j.wonwoo//y.jeonghanNơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ