end❞

258 27 3
                                    

Jeonghan datang dengan dua plastik di tangannya. Jangmi sudah mengangkat sebelah keningnya. Habislah kau, Han. Itu tandanya kau dalam masalah.

"Saya tak tahu awak nak cheese apa jadi saya beli semua." Jeonghan menggaru kepalanya yang tak gatal. Bergetar suaranya.

"Haih, awak ini. Takpelah. Nah, yang lain pergi simpan dalam fridge." hanya keju mozarella yang dikeluarkan dari plastik sebelum Jangmi berlalu semula ke dapur. Jeonghan membontoti isterinya dengan plastik tadi di tangan.

"Kenapa awak tak tengokkan si Jeonghan ini? Habis semua cheese dia borong." bebelku sambil memandang Wonwoo. Wonwoo angkat mahu, seperti biasa.

"Lah, itukan kerja dia. Lagi pun saya ada benda yang lagi penting daripada jaga dia."

"Apa dia?"

"Saya belikan awak ini. Awak kata hari itu nak makan inikan?" Wonwoo keluarkan sepeket gummy bear berperisa kola dari plastik yang dipegangnya dari tadi.

Aku tersengih.

"Thank you." ucapku.

"Thank you je?" dia mengangkat keningnya dengan senyuman menggatal terlekat di mukanya.

"Ish, awak ini malulah saya!" aku menolak bahunya perlahan.

"Awak itu, siapa suruh comel sangat? Kan anak papakan? Mama awak comel sangat sampai papa rasa nak gigit dia." Wonwoo menundukkan tubuhnya, bercakap dengan perutku.

Aku ternganga. Mataku memandang Jangmi dan Jeonghan yang masih lagi bertelagah di dapur sambil mengeluarkan pinggang dan peralatan lain.

"Awak ini, nakal betullah!" aku mencubitnya, geram.

"Aduh, ampun!" 

Nasib baiklah si Jangmi dan Jeonghan tak dengar. Kalau dengar itu mahu dibahannya empat keturunan.

"Awak ini, nak gurau pun tak boleh." Wonwoo menarik muncung sedepa, tangan bersilang di dada. Ha, merajuklah itu.

"Wonuya." panggilku. Wonwoo mengalihkan pandangannya, taknak pandang aku.

"Wonuyaa~~!" lagi sekali aku memanggilnya. Kali ini aku merdukan lagi suaraku. Masih tiada reaksi.

Alah si gedik ini aku tendang kang.

Okay tak kita gurau je hehe.

"Wonuya." aku panggil untuk kali ketiga.

"I love you." sambungku.

Sepantas harimau bintang dia memandangku.

"Hah?" Muka bingungnya membuatkan aku ketawa. Bukan selalu aku sebut benda ini.

Aku memandang Jangmi dan Jeonghan yang masih lagi sibuk sebelum melambaikan tanganku pada Wonwoo, memberi isyarat supaya dia dekatkan diri padaku.

Aku tekup wajahnya dengan kedua - dua tapak tanganku.

Satu ciuman ringkas diberikan pada bibirnya.

"Saya sayang awak."

Lalu aku lepaskan tekupan wajahnya.

Aku gigit bibirku, malu. Aku tak boleh berhenti tersengih. Senyumannya yang melebar memandakan kepuasan hatinya.

Sukalah itu.

"I love you too." kini giliran dia pula yang mencium bibirku.

"Ew, get a room." Jeonghan yang sedang memegang bekas berisi kuah bolognese di tangannya sengaja mengejek. Jangmi pula tersengih- sengih di belakang Jeonghan. Aku sudah lama memerah.

Malu, aku malu!

Siapa sangka lelaki yang aku bencikan seluruh kewujudannya dulu sekarang jadi suami aku?

Itulah, orang kata, jangan benci sangat nanti jatuh sayang.

Betullah itu.

-the end-

---

Author's note;

I'm so sorry that I took a lot of time to finish this fanfiction but I hope you enjoy it.

Thank you for the votes and comments.

I really appreciate all of that.

Thank you again.

Till we meet in another fictional world ♡

Love,
Cekodok

❛ Enemy in charge. ❜ + j.wonwoo//y.jeonghanWhere stories live. Discover now