28❞

308 46 9
                                    

"Tunggu sini, aku belikan nasi goreng yang lain untuk kau." kata Wonwoo. Laju aku menggeleng.

"Eh, tak payah! Kau beli untuk kau je kalau nak. Aku taknak." bukan apa, aku tak bawa duit lebih. Tinggal duit syiling je dalam dompet sekarang ini ha sila nangis bersama saya.

"Takpe, pakai duit aku." katanya selamba.

"Ish, taknak aku berhutang dengan kau." Aku cuba cari alasan. Betul apa, aku ada duit cuma tak bawa.

"Then aku belanja kau. Habis cerita." Aku merenung wajah  Wonwoo. Dia ini agak - agak kalau aku gigit kepala dia apa jadi eh?

"Kalau macam tu, biar aku belikan." Aku sudah berdiri. Wonwoo mengeluh sebelum menghampiriku. Bahuku ditekannya perlahan, menyuruhku duduk.

"Sit down, princess."

Aku kini duduk mendongak memandang Wonwoo yang juga memandangku.

"Aku pergi belikan. Kau duduk sini, okay?" Kepalaku diusapnya perlahan sebelum dia tersenyum lembut.

Aku kaku.

Hantu apa yang sampuk si jebon itu? Dan sekarang ini aku syak aku sakit jantung. Kalau tak kenapa jantung aku berdegup laju macam ini?

Lepas dah buat aku sakit jantung Wonwoo tinggalkan aku untuk beli makanan.

"Kenapa dengan kau ini, Sarah?" aku pegang dadaku. Jangan buat hal. Aku taknak mati lagi.

"Oi, termenung apa!" terhenjut bahuku apabila disergah. Wonwoo tersengih memandangku dengan dua pinggan nasi goreng di tangannya.

"Terkejut aku bongok." aku pukul bahunya.

"Makan cepat. Kita kena keluar sebelum loceng berbunyi." kata Wonwoo sebelum makan sesuap sudu penuh dengan nasi.

"Keluar? Ke mana?" soalku masih mengunyah.

"Ke mana itu kau tahulah nanti. Kita keluar ikut pagar belakang padang. Situ senang sikit kau nak panjat sebab kau pendek kalau tak--"

"Wait wait, kau tengah ajak aku ponteng ke ini?" aku mencelah dengan kerutan.

"Kau kat sekolah sekarang ini pun orang tak suka so why not have fun instead." kata Wonwoo. Tangannya yang memegang sudu menguis - nguis nasinya sebelum dia memandangku, menunggu jawapan.

Aku ketap bibir.

"Okay but kita singgah rumah aku dulu." aku nak ambil duit dulu sebenarnya hoho.

"Deal!" tersenyum lebar Wonwoo. Sukalah itu aku terjebak dengan kerja gila dia.

Dia ini ada je.

❛ Enemy in charge. ❜ + j.wonwoo//y.jeonghanWhere stories live. Discover now