5❞

403 63 11
                                    

"Hari ini kita akan ubah tempat duduk. Saya nak awak pilih nombor dalam kotak ini dan terus duduk dekat tempat yang awak dapat." Miss Minah selaku guru kelas memberi arahan. Keluhan dari para pelajar kelasku, termasuklah aku dapat didengari pada tahap ini.

"Aku taknak berpisah dengan kau! Siapa nak cover aku kalau aku tertidur dalam kelas nanti?" aku mencebik memandang Jangmi. Jangmi tersengih.

"Dramalah kau ini. Macam aku pindah kelas. Kita bukannya tak boleh rehat sekali dah." kata Jangmi membuatkan aku menarik muncung lagi panjang.

"Okay, seorang - seorang ke depan dan ambil nombor." arah Miss Minah. Aku sudah macam zombie. Malas - malas aku ke depan.

19. Aku terus cari nombor 19 yang tertulis di meja. Okay, ada orang sebelah aku. Siapa yang bertuah sangat dapat duduk sebelah bidadari macam aku ini?

Okay siapa 20?

"Eh, aku depan kau!" Jeonghan tersenyum lebar sambil menarik kerusi di depanku. Aku juga tersengih. Elok juga dia depan aku. Boleh jadi penghadang untuk aku tidur waktu kelas sejarah Mr. Samuel.

Bunyi kerusi ditarik sebelahku membuatkan aku menoleh.

Senyumanku terus mati melihat si dia. Jeon Wonwoo. Kenapalah aku malang sangat?

"Semua dah duduk? Suka tak suka, inilah tempat awak sampai akhir tahun. Sekarang buka buku teks muka surat 117."

Akhir tahun? Lagilah.

Aku mengeluh. Begku dibuka lalu buku bahasa dicari. Membulat mataku apabila kelibat buku teks berwarna biru itu langsung tiada.

Aduh, aku tak bawalah pula. Mahu kena berdiri kat luar macam ini.

"Mis--"

Belum sempat aku angkat tangan, buku teks kepunyaan Wonwoo ditolak padaku sebelum dia bangun.

"Maaf miss, buku saya tertinggal. Sebelum miss tanya, tak, nenek saya tak baca buku itu. Dia ada kat kampung." selamba Wonwoo berkata membuatkan yang lain ketawa. Termasuklah aku yang sedang kebingungan.

"Awak itu dahlah ketua kelas, lain kali bawa. Pergi berdiri kat luar kelas. Tangan ke atas. Jangan masuk selagi masa saya tak habis." kata Miss Minah tegas.

Aku serba salah. Dia kena denda sebab aku? Apa yang dia fikir, huh?

❛ Enemy in charge. ❜ + j.wonwoo//y.jeonghanWhere stories live. Discover now