16❞

321 57 0
                                    

"Masuk." aku masuk apabila Sir Haneul memberi kebenaran.

"Sir panggil saya?" aku soalnya. Ada seorang wanita bergaun putih sedang duduk di depan mejanya.

"Ya, kamu duduklah dulu." pelawa Sir Haneul.

Aku ambil tempat duduk di sebelah wanita itu. Aku tak nampak mukanya kerana dia menunduk dan rambutnya sedikit menutup wajahnya. Siapa dia?

"Saya panggil kamu ke ke sini sebab--" Sir Haneul berhenti bercakap. Dia memandang aku sebelum memandang wanita di sebelahku yang masih menunduk membuatkan aku turut memandang dia dengan kerutan.

"Puan ini bagitahu saya yang dia sebenarnya eomma kamu." aku tersentak.

Apa benda yang semua orang karutkan ini?

"Saya rasa puan salah orang. Eomma saya dah lama meninggal." kataku. sir Haneul juga berkerut.

"Saya rasa kamu berdua patut berbincang dulu. Saya perlu ke bilik perpustakaan untuk periksa sesuatu." kata Sir Haneul sebelum bangun lalu menundukkan badannya sedikit. Eh, sir. Jangan tinggalkan saya. Kalau saya kena culik macam mana?

Wanita itu mengangkat wajahnya memandangku setelah Sir Haneul keluar. Aku terkejut melihat dia menangis. Walaupun sedang menangis, cantik orangnya.

"Itu ke apa yang appa bagitahu kamu? E-Eomma dah mati? Sayang, ini eommalah. Hwang Aerin, e-eomma kamu."  katanya dengan air mata. Dia memandangku tepat ke dalam mataku.

Aku tersentak. Sekarang ini baru aku perasan. Wajahnya sama dengan eomma. Namanya juga sama. Apa ini? Mimpi ke?

"Tak, appa kata eomma dah mati. A-appa kata eomma mati dalam kemalangan. Saya rasa puan betul - betul dah salah orang ini. Maaf." kataku menahan getaran suaraku. Jantungku sudah berdegup laju. Berdebar aku mendengar suara wanita di sebelahku ini. Otakku sudah bercelaru. Aku ditipukah?

"T-tak. Sayang, please listen to me. I'm your mother. Eomma kepada Park Sarah dan Park Sora." katanya lagi. Aku masih diam. Hanya tuhan saja tahu apa perasaanku sekarang.

"Semua orang tahu Sora itu adik saya. Pengetua pun tahu Sora itu adik saya. Maaflah, saya tak percayakan puan."

❛ Enemy in charge. ❜ + j.wonwoo//y.jeonghanWhere stories live. Discover now