48❞

264 42 4
                                    

"Aku yang patut tanya soalan itu." serta merta aku rasa nak marah dia.

Dia macam tanya aku marah ke bila aku tak marah dia but now aku nak marah.

"Kau yang mengelak aku dari semalam. Now kau tanya kalau aku benci kau?" aku mencekak pinggang. Nak sinsing lengan baju tak boleh pula, baju sekolah lengan pendek. Ala - ala mak - mak aku bersedia untuk mula membebel.

"Jujurlah, kalau kau tanya aku soalan itu waktu aku mula - mula jadi penolong kau, maybe aku akan jawab ya. Kau dahlah sombong, perasan handsome, suka jeling orang, berlagak, ingat pandai sangatlah tu--" mulutku ditekup Wonwoo. Terkebil - kebil dia memandangku.

"O-okay, I get it. Please stop. I-I feel so attacked right now." katanya membuatkan aku tersenyum sendiri. Ha, tahu pun. Tangannya aku alihkan.

"The point is, kalau dulu, yes aku benci kau. Sangat. Nak pandang pun menyampah. But after all we've been through. Kau tolong aku bangkit bila aku jatuh. Kau ada bila aku susah. Aku tak benci kau. Aku tak boleh pun nak bencikan kau even kalau kau annoying setiap masa." kataku panjang lebar. Wajah terkedu Wonwoo aku pandang dengan senyuman melirik.

"Stop saying such things. I dont hate you." kakiku jengket sebelum kepalanya aku usap dengan gigihnya sebelum aku berdiri semula seperti biasa.

Siot, tiang lampu ke apa dia ini?

Wonwoo memandangku dengan senyuman lembutnya. Aku terdiam.

Dia nampak extra kacak. What the heck?

"Maaf sebab mengelak dari kau." katanya membuatkan aku menjongketkan sebelah keningku sambil tersengih.

"And your reason for that?"

"Aku sebenarnya--" dia menggosok belakang lehernya sebelum mengalihkan pandangannya dariku.

Eh alah dia ini malu - malu pula aku lempang kang. Okay takdelah, aku pun naik malu ini dia dah kenapa.

"Aku--" percakapannya dipotong.

"Pengumuman kepada Park Sarah, sila ke bilik pengetua sekarang. Saya ulang. Perhatian kepada Park Sarah, sila ke bilik pengetua sekarang."

Aku berkerut mendengar namaku dilaungkan speaker sekolah.

Apa pula kali ini?

"Kau nak kata apa tadi?" soalku fokus kepada Wonwoo kembali.

"T-takde apalah. Tak penting pun. Kau nak ke bilik pengetua sekarang? Jomlah aku pergi sekali."

Ah yalah, pengetua itu bapak dia. Suka suki dialah.

❛ Enemy in charge. ❜ + j.wonwoo//y.jeonghanWhere stories live. Discover now