12❞

353 61 0
                                    

Aku meregangkan urat leherku. Lenguh pula jadinya pabila aku tidur dalam kelas tadi. Lenguh - lenguh pun aku tidur lena. Kakiku terus melangkah. Aku mahu pulang ke rumah.

PRANG! KTAK! KEBRAKK!

Aku terkaku spontan apabila terdengar bunyi sesuatu pecah dari dalam rumahku.

"Appa, Sora tak ada duit! S-Sora tak tipu appa!" aku terus merempuh masuk apabila suara tangisan adikku kedengaran.

"Eonnie." Sora terus berlari memelukku. Appa menoleh. Wajah bengisnya memandangku penuh kebencian.

Huh? Apa lagi?

"Mana duit aku?" soalnya.

"Kau mana ada duit." aku menjawab lantang. Tiada lagi panggilan appa yangku gunakan.

Pang!

"Menjawab!" jerkahnya. Aku memegang pipiku yang terasa pedih. Terteleng wajahku namun aku bertahan. Dia ingat aku akan ada rasa hormat pada dia ke kalau macam ini?

"Duit? Aku tak ada duit. Kau bapa aku, sepatutnya kau yang bagi aku duit! Bukannya keluar siang malam asyik berjudi je!" marahku. Appa berdecit. Rambutku ditariknya kasar.

"Jangan nak ajar akulah! Aku bukannya bodoh macam mak kau!" suara appa naik lagi. Aku terjerit apabila rambutku ditarik appa, memaksaku mengikutinya. Sora menangis - nangis mengekori kami.

"A-Appa, jangan buat macam ini kat eonnie..." rayu Sora sambil cuba melepaskan pegangan appa dengan rambutku.

Aku dicampak appa ke dinding. Terasa sengal badanku terhempas konkrit keras itu.

Aku berkerut. Sora kalut mendapatkanku. Kelam - kabut dia membelekku dengan air mata.

"Eonnie o-okay tak?" soal Sora cuak. Aku mengangguk sebelum memandang appa yang selamba menyambung menyepahkan barang - barangku.

"Kau kata aku bodoh macam eomma? Sekurangnya eomma dah mati pun tak menyusahkan aku dan Sora. Kau bila nak mampus?" lancarku berkata. Appa memandangku. Naik turun nafasnya, marah.

Ewah, kau berani sangat ini kenapa Sarah?

❛ Enemy in charge. ❜ + j.wonwoo//y.jeonghanWhere stories live. Discover now