8❞

377 58 8
                                    

Aku menunduk kembali, menyorokkan mukamu yang terasa membahang. Terus merah mukaku. Woah, jantung aku dah macam tengah berlumba haram.

Jeonghan terkebelakangkan tubuhnya, juga terkejut dengan apa yang terjadi. Hampir saja dia terjatuh kerana tersepak kerusinya sendiri.

"S-Sorry, aku nak tengok jawapan kau tadi." Jeonghan memandang ke luar tingkap dengan kekok.

"Macam bongok." aku ketawa untuk tutup malu. Haih, kenapa aku berdebar semacam ini?

"Kau berdua ini kenapa?" Wonwoo duduk di tempatnya dengan buku log di tangan.

"Kenapa apa?" aku buat - buat tanya. Buku matematikku tutup. Ah, lantaklah. Aku dah redho kalau cikgu minta hari ini. Buku bahasa inggerisku keluarkan, bersedia untuk subjek seterusnya.

"Aku nak ke tandas." Jeonghan terus keluar dari kelas. Aku dan Wonwoo, sudah tentulah tak bersembang.

"Weh, kau tahu tak pasal kem kepimpinan?" soalku pada Wonwoo, memecah kekekokan yang sedang berlaku. Dia anak pengetua, takkan tak tahu?

"Ada ke?" soalnya kembali dengan malas.

"Kau tanyalah appa kau, takkan dia tak tahu?" soalku semula. Berkerut - kerut dahiku. Wonwoo memandangku. Riak terkejutnya membingungkanku sebelum dia memandangku kosong

"Appa aku dah lama mati." terdiam terus aku dibuatnya. Kalau appa dia mati, pengetua itu siapa? Hantu? Aku yakin aku dengar pengetua bahasakan dirinya appa dengan Wonwoo tak lama dulu.

Aku salah cakap ke? Kenapa aku rasa serba salah?

"Wonwoo, aku-"

"Good morning, class." Sir Henry menyapa membantutkan pertanyaanku. Aku pandang Wonwoo lagi. Dia masih senyap.

Memanglah selalunya dia senyap tapi kali ini ada aura menakutkan di sekeilingnya.

Aku takut.

❛ Enemy in charge. ❜ + j.wonwoo//y.jeonghanWhere stories live. Discover now