20❞

315 54 3
                                    

Aku garu kepalaku. Jangan salah faham, aku takde kutu. Aku bingung mana hilangnya buku dan kotak pensilku.

Masalahnya aku ingat aku masukkan dalam beg lepas buat kerja matematik semalam. Jadi, sepatutnya buku bahasa dan pensil box kena ada dalam ini.

"Kau kenapa? Tak bawa bukulah itu." kata Wonwoo menyindir. Aku diam, malas nak bergaduh.

Biar aku fikir. Betul ke aku bawa? Atau aku rasa aku bawa tapi sebenarnya itu mimpi?

Heh?

"Baiklah, dengar betul - betul. Saya boleh masuk sekejap je ini. Kejap lagi saya ada mesyuarat. Wonwoo dan Sarah, tolong saya jagakan kelas. Saya nak kamu semua buat latihan pada page 36 sampai 42 dan pastikan siap dalam kelas saya yang seterusnya. Dan Jeonghan, tolong saya kutipkan duit yuran sekolah. Saya nak dalam minggu ini juga. Jadi kalau dah siap kutip, terus bagi saya." kata cikgu.

"Baik cikgu." kataku lega. Aku takde buku woi. Sekurang - kurangnya tak adalah aku kena denda.

Cikgu berlalu keluar.

"Cepat siapa yang nak bayar. Alang - alang itu bayar duit kelas sekali." kata Jeonghan membuatkan ada beberapa orang pelajar datang ke arahnya.

"Aku nak pergi tandas sekejap." aku beritahu pada Wonwoo. Wonwoo pandang aku.

"Kau nak aku temankan kau ke apa? Pergi jelah." jawab Wonwoo.

Ee, dia ini cukup hari bulan tapak kasut aku lekat kat muka dia ini kang.

Aku terus keluar. Sebelum sampai ke tandas, aku singgah ke lockerku. Manalah tahu aku mamai nak tinggalkan buku dan kotak pensilku di situ. Belum sampai ke locker, aku sudah nampak sesuatu di lantai berhadapan dengan lockerku.

Terkejut aku melihat sebuah buku bahasa yang sudah terkoyak - koyak dan berconteng. Makin terkejut aku apabila namaku ada di buku itu.

Ini buku bahasa aku! Aku kerut dahi.

Siapa pula yang buat ini?

❛ Enemy in charge. ❜ + j.wonwoo//y.jeonghanWo Geschichten leben. Entdecke jetzt