MHS : 8

1.2K 75 12
                                    


If korang nak dengar lagu sambil baca, boleh buka lagu kat atas. Tajuknya Terlalu Memuja by Wany Hasrita. Dengan cara korang bukak page ni slide sampai bawah, then lagu ni auto terpasang. Tapi lama sikit, lima ke enam saat baru lagu kedengaran. Entahlah dah gitu caranya. Kalau takboleh jugak, korang boleh buka kt yt terus ke buat split screen view kat fon korang😂

“SAYA Muhammad Khairi Ismail Bin Said, dengan ini menceraikan isteri saya, Syalia Erisha Binti Muhammad Riffyaz dengan talak satu.”

Lafaz cerai itu dilafazkan di hadapan hakim dan saksi-saksi yang lain. Penceraian hubungan antara mereka diakhiri dengan keputusan penceraian.

“Mahkamah memutuskan jatuh talak satu berbaki dua talak ke atas Syalia Erisha Binti Muhammad Riffyaz.” Hakim memutuskan. Peguam syarie memberi anggukan kepada Khairi tanda urusan selesai.

Khairi menyambut serahan dokumen yang diberikan oleh peguam syarie itu. Usai itu, berakhirlah urusan penceraian yang diajukan di mahkamah bagi pengakhiran hubungannya bersama Erisha.

Sebaris nama Syalia Erisha disentuh. Dia mengakhiri kerana rasa hati yang tidak mampu lagi menyiksa perasaan yang telah dikecewakan. Dia akui selama ini pelbagai usaha Erisha cuba demi hubungan ini. Erisha nekad menjadi isteri yang taat.

Meski Khairi tahu Erisha tidak pernah menyukai dirinya. Tapi, angkara Erisha menolak cintanya, dia telah melakukan kesilapan terbesar. Dia telah menghancurkan kehidupan Erisha. Itukah cinta? Tujuh tahun pertanyaan itu menghantui hidupnya. Bahkan sehingga hari ini, dia menyesali perbuatannya.

Erisha yang setia menantinya di luar mahkamah seperti yang dipintanya, membuatkan hatinya dihurung pilu. Dia telah menyiksa hidup Erisha. Tapi, wanita itu masih teguh berdiri menanti dirinya. Sekelumit suara yang tinggi daripada Erisha tidak pernah langsung mencecah pendengarannya.

Langkahnya mulai perlahan. Dia tidak mampu. Tidak mampu berdepan lagi dengan Erisha. Semua perbuatannya terhadap Erisha benar-benar tidak layak untuk menempatkannya sebagai suami wanita seluhur ini.

“Khairi,” panggil kakaknya dengan nada yang kasar, mengembalikan dirinya di titik realiti dari diulit kekhilafannya pada masa lalu.

Erisha mengalihkan tubuh sebaik mendengar nama Khairi.

“Baru cerai terus gila talak ke apa? Nak cakap apa lagi dengan perempuan tu?” Suara kakaknya memetir.

“Kak, balik sajalah. Jangan masuk campur lagi urusan aku.” Selama ini dia sedar, kakaknya yang cuba menambah api ke dalam hubungannya dan Erisha.

Tetapi, angkara hati yang ragu. Dia enggan sekiranya dia memberi cinta, Erisha akan mempermainkannya. Erisha tidak pernah mencintainya.

“Mati perempuan tu aku kerjakan kalau kau berani nak sembang lama-lama. Kau kena ingat, yang dia tu perempuan pendosa, kau tu bodoh terikut dengan dia. Kononnya kau yang perkosa dia, kau dah kena mandrem, dik.

Akhirnya dah lepas dari bertahun-tahun kena mandrem, ni kau saja nak cari penyakit lagi.” Masih tidak berubah. Masih menganggap adiknya tidak akan melakukan perbuatan terkutuk itu terhadap Erisha. Dengan bagaimana layanan adiknya terhadap Erisha selama ini, lebih membuktikan.

Wajah Khairi tanpa sebarang ekpresi mengheret kakaknya ke tangga.

“Kau balik kak, sebelum aku yang halau kau keluar dari rumah arwah ayah. Aku berhak ke atas rumah tu.” Satu ugutan itu membuatkan matanya terjojol.

Mencintaimu Hanya SeketikaWhere stories live. Discover now