MHS : 56

11.3K 544 32
                                    

(baca semula bab 55 ya sebelum bab 56 ni

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

(baca semula bab 55 ya sebelum bab 56 ni. Semalam yang saya update tu yang dah baca, mohon lupakan🙂baca yang ini ya sebagai sambungan bab 55)

"ALLAHUAKBAR. Ini..." Mata Hafiz berubah merah.

"Khairi..." Bergetar bibirnya ingin memastikan jua lagi kebenaran itu.

"Apa yang kau fikir tu betul. Malam tu terjadi hal yang tak pernah sesiapa mampu duga."

Dada Hafiz terasa sesak. Serta merta tangannya terpaut di almari bilik itu. Selama ini dia mencerca Erisha, membenci Erisha. Ternyata kebencian itu berpihak kepada orang yang salah. Erisha langsung tak bersalah.

"Kenapa kau tak beritahu Hael apa yang dah jadi?"

"Dia tak selayaknya tahu hal yang menjijikkan seperti tu, Hafiz. Dia lelaki yang penuh dengan kasihnya terhadap aku."

"Kau mangsa, Erisha!"

"Aku rela dia tak tahu."

"Dia memang tak pernah tuduh yang buruk-buruk terhadap kau, tapi aku ni Erisha. Dah bertahun pengaruh fikiran dia untuk lupakan kau. Cerca maruah kau sesaat tadi dengan dia kerana dia risaukan kau sangat." Hafiz menentang bait kata Erisha.

"Kau tak salah. Kau cuma kawan yang mahukan yang terbaik buat Hael. Perihal maruah, aku dah akur. Maruah aku dah lama musnah, Hafiz. Aku enggan buka aib lama. Ianya tetap aib bekas suami aku kalau aku ceritakan yang sebenar." Nada pasrah? Tidak. Dia tenang. Tetapi, siapa mampu menelesuri lubuk hatinya.

"Ianya bukan salah kau, terang-terangan ni Erisha." Air mata Hafiz mengalir. Mereka pernah ada di dalam hubungan sebagai sahabat. Namun, bila dah tahu apa yang jadi baru nak membangkitkan soal shabat? Allahuakbar, maafkan aku Erisha. Aku yang hina, bukan kau.

"Aku takkan akui apa-apa. Aku malu, itu peristiwa perit yang terjadi dalam hidup aku. Tiada wanita yang ingin peristiwa itu diceritakan kepada sesiapapun."

Hafiz tidak berada di tempatnya Mengenangkan kisah lalu, menceritakan seluruhnya akan kejadian itu akan menghancurkan selumatnya sekeping hatiku. Diri aku, aku sengsara dengan setiap ingatan ketika kejadian itu. Ketika aku menerima Khairi. Selepas menerima Khairi.

"Kau fikir tak perasaan Hael? Dia kecewa selama bertahun-tahun?"

"Kau ingat aku tak fikir? Kau ingat aku tak kenal hati dan jiwa dia? Aku pun nak dia tahu la semua ni! Aku nak beritahu semua yang aku lalui bukan salah daripada aku, bukan angkara aku. Tetapi, aku tak kuat. Nak luahkan setiap kisah tu satu per satu dah cukup memeritkan." Erisha menampar dadanya. Sakit. Lukanya terasa tercarik.

"Lagi perit bila nak beritahu semua kebenaran ni dekat dia," sambung Erisha dalam sebak.

"Ya Allah." Hafiz mengepal tangannya, apa yang dia dah buat selama ini? Dia meraup wajah penuh kesal.

Mencintaimu Hanya SeketikaWhere stories live. Discover now