MHS : 27

10.7K 549 63
                                    

PINTU bilik rawatan ditolak oleh Qaseh seraya memapah Erisha keluar

¡Ay! Esta imagen no sigue nuestras pautas de contenido. Para continuar la publicación, intente quitarla o subir otra.

PINTU bilik rawatan ditolak oleh Qaseh seraya memapah Erisha keluar. Wajah kakak angkatnya itu benar-benar pucat. Saat dia menjawab panggilan Erisha yang menghubunginya, suara Erisha menjelaskan kondisi dirinya lemah. Bahkan Erisha rebah tika dalam talian.

Mujur ketika itu dia bersama Encik Razlan. Tetapi, jika Erisha mengetahui Encik Razlan turut bersama mereka, Erisha pasti tidak menentu.

Melihat Encik Razlan yang mendekat bersama riak wajah tegang, sudah ketara Encik Razlan akan memarahi Erisha.

"Kenapa sampai macam ni? Macam mana Lia boleh demam? Apa jadi dekat rumah suami Lia tu? Mereka dera Lia? Baru sahaja beberapa hari Lia berkahwin." Pegangan Qaseh di lengan Erisha diambil alih oleh tangannya. Wajah Erisha ditenung dalam.

Dalam keadaan begini, perlukah Encik Razlan memarahi Erisha?

"Suami Lia tak buat macam yang Pak Ngah fikir. Lia yang salah." Erisha membalas pandangan itu. Bukan salah Tengku Hael, mengapa pula Pak Ngah hendak meletakkan kesalahan tanpa usul periksa?

Qaseh tahu sikap Encik Razlan daripada Erisha. Erisha tak putus menyebut nama Encik Razlan, seorang lelaki yang tinggal buatnya menggantikan tanggungjawab ayahnya. Mustahil dia lupa setiap kisah yang Erisha kongsikan padanya.

"Abang Raz, kita bincang dalam kereta atau kita biarkan hal ni berlalu. Kak Erisha masih bercelaru dalam keadaan sakit macam ni, kita tak boleh bagi tekanan dekat dia." Qaseh cuba menenangkan Encik Razlan. Erisha tidak berdaya. Dia tidak yakin Erisha akan mampu mendengar amarah Encik Razlan. Erisha akan lebih tertekan.

Erisha langsung tak meluahkan seperti yang Encik Razlan fikir, maka Tengku Hael tidak bersalah.

Tubuh Erisha didudukkan dengan perlahan. Tangan Erisha berpeluh dan panas menggelisahkannya.

"Di klinik memang tak menjamin rawatan mendalam, tapi kalau ke hospital kak boleh dapat rawatan lanjut dan jika dimasukkan ke dalam wad keadaan kak lebih mudah dipantau. Demam pun bahaya, Qaseh risau keadaan kak melarat, dengan datang bulan lagi," pujuk Qaseh. Resah mengenangkan Erisha rebah dan hanya seorang diri di rumah. Jika Erisha tetap ingin pulang dan berehat seorang diri di rumah, itu lebih membahayakan. Dia tidak mahu perkara yang tidak diingini berlaku pada kakaknya lagi.

"Kak boleh rehat di rumah dengan ubat yang doktor bagi, kak boleh jaga diri kak sendiri, tak perlu warded. Kak minta maaf sebab susahkan Qaseh." Suara Erisha hanya dingin.

Dia tidak menyalahkan Qaseh apabila Encik Razlan turut di sini, tetapi cuma kemungkinan bahawa lelaki itu merisaukannya dan salah anggap memang akan berlaku. Seperti saat ini.

Sudahlah dia rasa bersalah menggunung terhadap Tengku Hael, Encik Razlan tiba menuduh hal yang tak pernah Tengku Hael lakukan. Lelaki itu melayaninya cukup baik. Lebih baik dari anggapannya juga pada awal.

"Lia minta maaf juga pada Pak Ngah sebab Lia buat Pak Ngah risau. Tapi, Hael pun demam sebab tolong Lia dari terus meracau di kubur tempoh hari. Masa tu pun hujan. Hael baru balik sekejap ke rumah mama dia.

Mencintaimu Hanya SeketikaDonde viven las historias. Descúbrelo ahora