MHS : 2

37.4K 1.1K 143
                                    

(16 tahun sebelum kejadian)

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

(16 tahun sebelum kejadian)

USAI Riffyaz mengetuai solat terawih berjemaah di Masjid Arau Kulai, kedengaran lantunan suaranya mengalunkan doa selepas mengerjakan solat.

Bacaan doa diakhiri dengan kalimah amin lalu disusuli salam di antara jemaah masjid yang mulai beransur untuk pulang ke teratak masing-masing.

Seorang budak perempuan menyelak kain penghadang di bahagian makmum seraya memerhati dengan lebih jelas seorang remaja baru sahaja memasuki masjid, bergegas meninggalkan masjid semula.

“Entah apalah dia, baru nak solat la tu, datang masjid bila orang dah habis solat.” Suara kecil kanak-kanak perempuan itu mengomel.

Dia beralih pandangan ke arah si ayah yang masih setia di sejadah melanjutkan doa.

"Anak ibu tengah tengok apa tu?" tegur satu suara perempuan sambil meraih tangan kecilnya.

Erisha mendongak. Raut wajah ibunya menjamah di ruangan mata.

"Tengok ayah," jawabnya sambil mempamerkan senyuman.

"Eh... mana ayah, ibu?" Ibu tersenyum melihat mata bundar anaknya meliar-liar mencari si ayah.

Elina menghalakan jari telunjuknya ke arah bahagian rak Al-Quran. Bebola mata Erisha mengikuti arah yang ditunjuk. Erisha senyum riang apabila melihat ayahnya yang sedang menunggunya dan ibu di bahagian bacaan Al-Quran di saf lelaki.

"Ayah!" jerit Erisha riang.
Tangan Erisha diraih oleh Elina dengan lembut sekaligus menghentikan Erisha dari berlari.

"Risha tengok tu ada pakcik yang tengah solat lagi. Perlahankan suara dan jangan lari-lari," tegur Elina sambil memegang kedua bahu anak Erisha.

“Tapi terawih kan dah habis?”

“Mungkin pakcik tu qada solat, sayang. Shhh, jangan bising ye sayang.»

Riffyaz meletakkan jari dimulut agar Erisha memperlahankan suara kerana mereka masih di dalam masjid.

Erisha lantas menunduk tanda meminta maaf. Baiknya ganti solat. Tak semua orang mampu.

"Maafkan Risha ibu." Erisha memohon maaf.

"Dah, mari duduk sini," ajak Riffyaz sebaik sahaja Erisha dan Elina sudah berada di hadapannya.

Erisha terus mengambil tempat duduk di paha Riffyaz. Lantaran terus membisik.

Riffyaz tidak hanya mendengar sahaja, dia juga memerhati sekejap langkah isterinya menuju ke arah mereka. Dia sudah menyediakan kerusi buat Elina.

"Sayang duduk atas kerusi tu." Dia memberi arahan itu sambil menyambung memberi perhatian kepada anaknya semula.

"Adik tu bukan tak ada ayah, sayang. Dia tu dah biasa panggil semua orang kat masjid ni 'ayah'."

Mencintaimu Hanya SeketikaWhere stories live. Discover now