MHS : 9

1.2K 54 6
                                    

RUMAH yang pernah ditinggal bersama ibunya menjadi tujuan

ओह! यह छवि हमारे सामग्री दिशानिर्देशों का पालन नहीं करती है। प्रकाशन जारी रखने के लिए, कृपया इसे हटा दें या कोई भिन्न छवि अपलोड करें।

RUMAH yang pernah ditinggal bersama ibunya menjadi tujuan. Hanya itu satu-satunya tempat yang tinggal untuknya tuju. Masih berdesing kata-kata Elina 6 tahun lalu. Elina mengharamkan kakinya menjejak rumah ini. Hatinya nanar. 

Dia teresak sebaik menundukkan wajah. Bibirnya digigit menahan tangis. Bukan kerana tiada hala tuju lagi, namun hatinya digigit duka tatkala mengenangkan kata-kata ibu yang cuba dilupakan selama 6 tahun terakhir.

Hati ibu dirudung hiba. Ibu tidak menganggap dirinya sebagai anak lagi. Mampukah dia berdepan dengan ibu meski kebenaran sebaliknya? Dia enggan lagi menerima rasa serba salah daripada insan yang disayanginya. Biarlah kebenaran ini tidak pernah terungkap.

Gerimis kesepian menujah ke hatinya yang sebak. Tuhan sahaja yang mengetahui bagaimana perasaannya ketika ini. Dia terlalu merindukan ibu. Meski hakikatnya sebelum peristiwa pengakhiran itu lagi ibu sudah membencinya, dia tetap tidak pernah berhenti merindui ibu.

Dia mengundur lemah. Dia tak seharusnya menjejakkan kakinya ke sini semula.

“Apa kau lakukan di sini?” Langkah Erisha terhenti.

Terus Erisha memalingkan tubuhnya untuk melihat suara tersebut. Kesedihannya hatinya begitu mencengkam jiwa saat terpandangkan sepasang mata milik suara itu.

Sebuah kereta Honda Civic berwarna hitam menghentikan kereta sebaik lampu menjengah warna merah. Sementara menunggu, matanya memandang rumah Puan Elina.

Setiap kali dia pulang, dia menggunakannya jalan ini. Benar, jalan ini lebih jauh berbanding jalan utama. Ini pilihannya, bukan kerana Erisha. Dia memerhati rumah Puan Elina. Hatinya tenang apabila melihat Puan Elina dihadari tetamu. Minggu lalu, dia menyedari Puan Elina di restoran resort. Barangkali makan tengahari bersama klien.

Dia ingin menegur namun dia merasakan ianya tidak perlu. Hubungannya dengan Erisha telah lama berakhir. Biarlah dia hanya menjaga Puan Elina dari jauh.

Matanya kembali fokus pada lampu isyarat. Dia menyambung pemanduan usai lampu bertukar hijau.

“Kau dah bercerai dengan Khairi?” Pertanyaan itu terkeluar daripada mulut si ibu sebaik terpampang surat yang tertera perkataan Mahkamah Rendah Syariah di tangan Erisha.

Erisha diam tanpa sepatah kata.

Ketawa sinis digirangkan bersama senyuman yang penuh makna. Elina melabuhkan kedudukannya di sofa.

“Jadi kau dah hilang pedoman hidup, disebabkan itu kau ke mari?” Lantaran itu wajah Erisha dipandang tajam.

“Bukan itu maksud tujuan Risha,” bantah Erisha menidakkan kefahaman ibu.

“Mana anak kau? Tak bawa juga dia mengemis dekat rumah aku ni macam kau? Ke Khairi dah ambil hak penjagaan ke atas dia?”

Berderai air mata Erisha saat itu. Hinakah kedatangannya sehingga diperkatakan mengemis? Bahkan tersiat hatinya apabila Zahra juga menerima cemuhan daripada ibu.

Mencintaimu Hanya Seketikaजहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें