MHS : 52

9.4K 429 64
                                    

SELAMA ini, dia yang tak sedar. Ada beberapa lukisan dan jenis frame gambar yang menjadi hiasan di ruang tamu rumah ini.

"I tak perasan langsung." Sebal. Dia memang terlampau mementingkan hidup sendiri. Tatkala punya perasaan, baru nak ambil tahu. Setidaknya, ada hati nurani. Ambil tahu. Ini tidak, selama ini dia cuma fikir lelaki buta itu cuma menyusahkan mama.

"Mama pun tahu, Erisha." Dia tiada sesiapa untuk meluah rasa. Sudah sekian lama cuma memendam. Hanya Erisha satu-satunya kawannya yang dia ada, dia bukan jenis bercampur. Ada yang hendak berkawan, dia pula mencemuh.

"I minta maaf sebab I susahkan you pulak dengan hidup sendu I ni. Padahal you pun tengah serabut." Erisha dipandang sayu.

"Walaupun awak adik ipar saya sekarang, tapi awak tetap kawan saya. Lama dah saya tak dengar awak share problem, bila dah dengar, rasa macam kita berkawan balik," balas Erisha tulus. Dia turut rindu waktu mereka rapat. Dan... Rindu abang awak, Rawda.

"I ni hampa dengan diri I sendiri. You sendiri tahu, I yang jauhkan diri I dari you, I putuskan yang I tak nak dah ada kawan macam you. I ni teruk Risha. I dengan family pun bermusuh, I cemuh Azi tu before you kenal I lagi, I benci dia,

I tak sukakan dia dan I selalu malukan dia depan orang ramai. I tak peduli dia walaupun satu kolej tahu dia abang I. Now, I jatuh cinta terhadap dia. Jatuh cinta dengan lelaki yang I dah perlaku sangat teruk. Sama la, I yang tak nak you jadi kawan tapi end up cuma you yang sudi mendengar masalah I," luah Rawda lara. Terkilan mengenangkan diri yang berhati keras.

"Azi tu cuma tak sangka awak akan jatuh cinta terhadap dia. Saya pun ada je perasaan ni terhadap Along awak dulu sebab masa zaman kami bercinta, saya yang sukakan dia dulu. Tapi Along awak berkeras la tak layan, tapi bila saya dah tak ganggu dia, baru dia nak ada hati kat saya semula." Itu pandangannya. Mereka belajar bersama, tak mungkin dia tidak tahu, Azi sentiasa menelan setiap cacian Rawda. Azi terbiasa, dia takkan mampu terfikir Rawda akan memiliki perasaan terhadapnya.

Tapi Ya Allah, aku juga punya masalah dengan suami masih belum usai.

"Kalaulah kisah permulaan cinta you dan Along macam I. Mesti I dah dapat Azi. Tapi side I, I takkan mudah untuk memiliki Azi. I dah cuba mendekat, you tahu tak apa yang I rasa?"

"I rasa I ni terlalu teruk. Macam mana I boleh ada perasaan ni padahal I ni dah teruk abaikan dia? Ada ke orang, dah suka baru nak ambil tahu semua tentang dia?

I ni Risha, baru tahu yang dia usahakan selama ni bukan galeri, I fikir dia guna duit mama untuk bukak galeri padahal dia guna duit lukisan dia sendiri untuk bangunkan studio je. You nampak lukisan di dalam rumah? Semua lukisan dan frame di dalam rumah ni merupakan hasil karya milik dia.

Bertahun-tahun la I hidup kat rumah ni, peduli pun tak, apatah lagi nak pandang? I fikir I dah jatuh cinta, I kenal tentang dia. Hakikatnya I cuma kenal sekadar luaran, dia Azi, dia anak mama, dia abang angkat I dan I paling tahu, dia buta. Bertahun-tahun hidup sebagai adik, apa I buat? Makian dan cacian I je untuk dia."

"Sabarlah, Rawda. Awak ada peluang lagi sekarang. Saya faham pun, awak mesti nafikan sangat perasaan ni sebab dia punca arwah acik cacat seluruh tubuh tapi..."

"Walaupun dia dapat kecacatan juga, tapi kecacatan dia tak seperti yang ibu I lalui. Ibu I merana selama bertahun-tahun, sampai ke akhir nafas ibu I masih rasa sakit disebabkan cedera parah semasa selamatkan dia. I benci sangat dia, benci sampai at the last I jatuh cinta. Karma jatuh cinta atas kebencian tu I rasa langsung tak layak I rasa, tapi see me. Proof." Dia terasa hendak mengalirkan air mata. Terkenang keperitan arwah ibu dan cinta yang bertaut tak semena-mena, umpama menjerat hati sendiri.

Mencintaimu Hanya SeketikaWhere stories live. Discover now