MHS : 32

10.4K 497 65
                                    

PERJALANANNYA masih jauh, selagi dia memegang status sebagai seorang isteri untuk lelaki itu, selagi itu dia berhak meraih cinta yang utuh itu kembali indah seperti dulu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

PERJALANANNYA masih jauh, selagi dia memegang status sebagai seorang isteri untuk lelaki itu, selagi itu dia berhak meraih cinta yang utuh itu kembali indah seperti dulu.

Pintu bilik dibuka, bayang suaminya hilang disebalik pintu bilik mandi, ditatap lama muka pintu itu sebelum dia menapak ke luar. Terima kasih awak, masih mengizinkan cinta awak utuh.

Dia mengaturkan perlahan menurun anak tangga rumah itu. Sekeliling rumah itu sunyi, bahkan satu titik cahaya tidak menyuluh. Langsir belum dibuka.

Saat dia ingin mencapai langsir, dia perasan seseorang di dapur.

Terlihat seseorang yang baru sahaja memasuki dapur. Erisha segera mengikat dua langsir di antara pintu utama sebelum menuju ke dapur. Mungkin Rawda.

“Semalam tak ada mangkuk ni.” Suara itu bernada tertanya sendiri. Pelik.

Sejenak, dia berfikir. Setahunya dia sudah mengemas dapur sebelum dia masuk tidur.

Ternyata bukan Rawda. Namun, langkahnya tetap merapat. Terdengar pula orang itu berbicara sendiri, hendak juga dia menegur sebabnya.

“Ada apa ni?” Erisha menegur sebagai permulaan bersuara di dalam rumah itu. Sampai berkerut dahi, jadi dia mahu juga tahu.

Dia berpaling ke bilik berdekatan dapur. Mungkin wanita ini pembantu rumah.

Wanita itu berpaling. Muka itu hanya dicam sekejap sahaja. Mangkuk itu diletakkan perlahan ke singki.

“Ada apa-apa yang boleh saya bantu Puan Erisha?” tanya wanita itu. Baya wanita itu berusia mungkin dalam linkungan 50-an.

Benarlah, pembantu rumah. Erisha menggeleng, bukan niatnya ingin mendapat hormat sebegitu.

“Eh tak ada apa acik. Saya nak sediakan makanan sikit dan air je. Tapi saya boleh buat sendiri,” jawab Erisha enggan membebankan pembantu rumah itu meski kerjanya di sini. Dia cuma hendak menyapa pembantu rumah itu sahaja tadi.

“Tapi, macam mana acik tahu nama saya, acik kenal saya?”

“Mestilah kenal, Puan Erisha isteri Tengku Hael, kan?”

Erisha laju mengangguk. Senang hatinya dikenali sebagai isteri lelaki itu. Tapi, soalan tak logik, tadi sudah jawab hendak menggunakan dapur, kemudian bertanya kenal. Kalau tak kenal, agaknya sudah dianggap penceroboh tadi. Dia seorang saja pendatang asing di dalam rumah itu.

“Maaf acik, saya belum biasa kat sini. Kenapa dengan mangkuk tu acik?”

“Tak ada apalah, malam tadi saya rasa tak ada dah mangkuk belum cuci. Ini, tengok ada. Mungkin Cik Rawda makan agaknya.”

Erisha melihat sedikit bekas di dalam mangkuk itu. Itu kuah laksa.

“Itu Hael punya acik. Tak apa, biar saya basuh.” Erisha segera memintas.

Mencintaimu Hanya SeketikaWhere stories live. Discover now