MHS : 60

9.1K 434 117
                                    

"SABAR ya sayang," pujuk Erisha sambil memeluk Tengku Hael

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"SABAR ya sayang," pujuk Erisha sambil memeluk Tengku Hael. Dari awal perceritaan Tengku Hael, tangan lelaki itu menggigil.

"Aku rasa mama langsung tak faham aku, sejak dulu lagi aku sedar. Kau sendiri nampak bekas luka aku, memang zahirnya dah berparut tapi..." Bergetar bibirnya cuba mengutarakan perasaannya.

"Dalam hati awak masih berdarah setiap parut tu, kan? Ya Allah, sayang. Siapa je boleh lupakan bila diri jadi mangsa buli? Perihal mama, mama rasa dah berlalu bukan bermakna dia tak faham awak, tapi saya rasa dia cuma nak awak tolong Hilman." Erisha membelai lembut wajah Tengku Hael. Hatinya rapuh melihat Tengku Hael dihurung sayu.

"Kau rasa aku perlu tolong dia?" Mata Erisha direnung dalam.

"Kalau awak tak mampu, jangan paksa diri awak. Saya tak nak awak tolong, saya tahu betapa teruknya dia terhadap saya dan terutamanya awak."

"Aku ingat lagi, kau kena tempias disebabkan tolong aku. Aku akui aku tenang sangat bila dah pukul dia sepuas hati aku. Tapi... Aku tak boleh lupa setiap apa yang dia dah buat dekat kau, apa lagi terhadap diri aku sendiri. Macam manalah aku nak tolong dia?"

"Awak cakap, isteri dan anak dia jadi mangsa."

"Ya isteri dia..." Dia terjeda. Erisha mencapai terlebih dahulu tangannya.

"Kesian isteri dan anak dia, awak. Saya tolong awak sekali, kita sama-sama hadapi dia, nak? Kita buat demi isteri dan anak dia, boleh?"

"Kau tengah mengandung, Risha. Aku tak naklah kau masuk campur, nanti..."

"Saya teman je." Erisha cuba meyakinkan. Tangan suaminya digoyangkan perlahan.

"Nantilah aku cuba usahakan." Enggan memberi kata putus, biarlah Erisha sekadar berharap seketika. Dia sendiri tak mampu lagi berhadapan dengan Hilman.

Buku pink Erisha di atas meja, dipandang.

"Terima kasih sebab kau tenangkan aku. Tengoklah keadaan kau, masih mampu lagi nak tolong aku hadapi masalah aku." Perut Erisha disentuh.

Tadi mereka terpaksa pulang, dalam bergembira, Erisha mual dan muntah. Hampir sahaja rebah.

"Saya sentiasa mampu demi awak. Kan saya lamar awak untuk bahagia," balas Erisha, benar-benar brsemangat.

"Kau pulak? Tadi kau cakap hari kau agak menarik. Apa dia?"

"Oh ya! Tahu tak? Encik Irfan hubungi saya!" Dia terus teringat. Serta merta teruja.

Mencintaimu Hanya SeketikaWhere stories live. Discover now