MHS : 35

11.9K 494 182
                                    

ERISHA menerkup kain dengan beberapa ketulan ais

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

ERISHA menerkup kain dengan beberapa ketulan ais. Wajah suaminya disentuh sebelum merebahkan ais di tepi bibir suaminya.

"Sebab saya, awak kena macam ni." Sayu suara isterinya berbaur kesal. Sudah dengan raut mukanya masih tersisa sedih yang merenggut jiwa. Dia menambah lagi perasaan Erisha.

"Sebesar hama pun tak ada salah kau, Risha. Hafiz cuma terlalu marah dengan keputusan aku." Bicaranya itu demi menenangkan Erisha. Basah seluruh pakaian di tubuh Erisha gara-gara meredahi hujan menggamit perhatiannya.

"Apa yang dah jadi kat tempat kerja kau?" Dagu Erisha diraih.

Tangan Tengku Hael cuba naik untuk menanggalkan tudung yang basah di kepala Erisha, namun Erisha mengelak.

"Saya cuma terikutkan perasaan. Tak ada apa pasal tu, saya dah rasa okey sekarang." Erisha langsung berdiri. Tidak betah berlamaan di situ.

Dia lantas menahan tangan isterinya.

"Saya rasa Alissa lebih layak ada dekat tempat saya sekarang. Kalau Hafiz dah jumpa Alissa, lebih baik awak..." Erisha tetap menyentuh hal itu. Tampak Erisha mengumpul keberanian memandang sepasang mata hitam jernih miliknya.

Pegangannya menggigil. Ternyata seperti diduga.

"Cakaplah apa kau nak cakap, aku dengar." Tengku Hael memintas seiring hati pasrah. Tengku Hael tahu perkataan apa yang akan keluar dari mulut Erisha.

Bahkan di depan Tengku Hael, Erisha menanggalkan cincin yang disarungkan ke jarinya. Kotak baldu yang dibawa sekali, dia buka. Dia menatap lama cincin itu sebelum meletakkan semula di tempat asal.

Hati Tengku Hael berdenyut sakit. Anak matanya dibiarkan meliar tanpa arah. Menghapuskan jejak takungan air mata.

"Lebih baik awak pergi pujuk Alissa. Awak masih belum terlambat." Kotak baldu diletakkan di dalam tangan Tengku Hael semula. Seperti petang tadi.

Erisha merobek hatinya tanpa belas. Cincin itu Tengku Hael rentap lalu dibawa rapat ke wajah Erisha.

"Hanya disebabkan kau rasa serba salah, kau kembalikan cincin ni? Tadi petang kau cakap cincin ni bermakna? Ertinya sekarang kau pulangkan kerana hakikat cincin ni tak ada nilai tu dah bagi kau?" soal Tengku Hael sambil menunjukkan cincin itu. Intonasi suaranya jelas tidak mampu menyembunyikan perasaannya. Nadinya terasa berdenyut-denyut laju meyakinkan Erisha, hati lelakinya sakit.

Erisha diam. Dia sanggup ketandusan kata. Lelaki itu tersinggung, sudah satu kesakitan perit menapak di hatinya.

"Tak perlu sampai nak suruh aku pergi pada orang lain. Kehendak hati aku lebih penting berbanding keselamatan yang sekarang kau sendiri nampak, aku masih utuh berdiri depan kau. Masih kuat. Setakat luka dan lebam ni, takkan ragut nyawa," cetus Tengku Hael sambil mengesat kasar air mata. Sedih benar dengan diri sendiri yang lemah kerana cinta. Takkan tak membuktikan lagi pada Erisha yang hatinya ini terlalu cinta?

Mencintaimu Hanya SeketikaWhere stories live. Discover now