MHS : 48

10.4K 456 72
                                    

SELAMA ini, dia langsung tak pernah tahu ranjau kehidupan seorang lelaki bernama Radzi. Lelaki yang saat ini mendapat tempat di hatinya.

"Awak mesej macam ni... 'Banyak lagi kerja saya, Pak Rashid'," ulang Radzi sekali lagi. Seperti biasa, dia enggan setiausaha yang baru dilantik, berhenti kerja lagi. Dia tahu, mereka berhenti gara-gara sukar bekerja dengan majikan kurang upaya seperti dia.

Siapa sangka setiausaha baru itu adalah Rawda. Kelakar. Ya, memang. Dia sanggup meninggalkan urusan kerja di butik kepada orang bawahannya semata-mata demi mendekati Radzi.

"Ada apa-apa lagi Encik Azi? Sorry, Encik Radzi." Dengan tenang Rawda menukar nama panggilan ringkas itu. Dalam masa yang sama, ada satu hal yang mencapai benak fikirannya. Sedari tadi, Radzi tidak mengecam suaranya.

"Tak apa kalau nak panggil Encik Azi, saya tak marah," ujar Radzi, dia terdengar nama panggilannya disebut oleh pekerja baru itu.

"Dan ya... Kalau awak nak makan dulu, boleh. Makan pagi." Radzi menyambung. Dia sungguh berharap pekerja baru ini, bertahan.

Pergerakan Radzi berterusan di ruang yang sama menjadi perhatian Rawda. Takkanlah Radzi tahu? Tak. Mestilah kalau tahu, Radzi tak tersipu malu. Eh sekejap... Radzi jatuh cinta dengan pekerja baru ke?

"Kerja awak pun tak banyak sangat. Cuma tolong saya uruskan penerimaan karya seni dari pelukis dan bertemu dengan client." Radzi menoleh ke belakang.

Terkedu Rawda lantaran segera menurunkan tangannya yang hampir dihayunkan ke belakang Radzi. Meskipun cuma ingin pura-pura menampar, tetapi bagai direntap jantungnya bila Radzi berpaling mengejut.

"Ini bukan galeri ke?" Dalam senafas terkemam, Rawda bersuara.

"Ini cuma studio." Rawda tersentak akan kenyataan itu. Sekeliling ruang kembali menjadi dipandang. Tekun. Cuba memastikan.

"Design dan cara perniagaan saja diadaptasikan dari galeri." Lelaki itu berbicara lagi. Dia bagai menjunam ke titik realiti semula. Argh! Dia terlalu fokus melihat Radzi dan memikirkan Radzi. Sampai tak sedar.

Tidak! Sebenarnya dari dulu, dia tak peduli. Sekarang, baru semua ini kelihatan wujud.

"Hiasan studio ni jauh berbeza jika hendak dibandingkan dengan sebuah ruang galeri. Hanya jarak susun atur karya seni di sini sahaja yang persis galeri," jelas Radzi kepada Rawda, yang dianggap pekerja baru.

"Saya baru perasan..." Rawda mulai terpegun.

Lainnya, mempunyai kreativiti yang terlalu menarik, ada gambaran dari awal lukisan itu dimulakan bahkan ada lukisan yang menggambarkan isi tersirat seni tersebut. Paling berbeza adalah bingkai yang digunakan mempunyai lakaran tersendiri. Tidak seperti jenis atau lakaran bingkai yang biasa digunakan untuk mempamerkan karya seni atau gambar.

"Kata beberapa kolektor dan pengkarya seni yang datang ke sini, semua karya seni seolah dihargai dengan adanya penjelasan dan bingkai tu," bahas Radzi penuh perasaan. Dia kagum, tidak sia-sia dia minta pengkarya seni yang menyalurkan karya mereka, melakukan gambaran itu.

Rawda menukar konsentrasinya kepada Radzi. Radzi tampak seperti begitu mendalami bidang ini.

"Bingkai tu sebenarnya saya yang buat." Suaranya gementar.

Rawda berkerut tidak percaya.

"Tingkat atas sebenarnya ada ruang untuk bingkai gambar dan bingkai lukisan yang saya jadikan sebagai pameran." Pasti gadis itu tidak akan percaya. Siapa mampu percaya orang buta mampu mencipta seni?

"Are you serious, Encik Azi?" Dia bukan memandang rendah terhadap Radzi. Selama ini, dia langsung tak tahu. Bahkan mama juga pasti tak tahu.

"Nanti awak boleh saja 'meneroka' studio ni." Lelaki itu mengukir senyuman. Dia enggan menjelas lebih, seolah menyerah diri untuk dianggap lucu.

Mencintaimu Hanya SeketikaDonde viven las historias. Descúbrelo ahora