MHS : 31

10.7K 538 184
                                    

"MAAFKAN I, Ngah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"MAAFKAN I, Ngah." Rawda akui silapnya. Keadaan keluarganya retak angkara arwah papa.

Mama memendam rasa.

Azi ingin berkorban.

Azi enggan mendengarkannya lagi. Makin menebal ralat di hatinya setiap kali suara gadis itu menyisip ke telinganya.

"Maafkan I, you langsung tak beri I kesempatan untuk akui silap I." Rawda menahan tubuh Azi.

"Aku cuma tak nak mama sengsara. Tapi penderitaan mama yang kau nak. Apa yang kau dapat setelah buat mama kecewa dengan aku? Dan... aku tak pernah harap dan aku sendiri tak tahu erti permintaan maaf kau. Ini bukan diri Rawda Amaryn," bentak Azi senada suaranya di dalam hati. Yang memekik rasa hampa. Dia hanya nak lepaskan kemarahannya. Biar Rawda rasa sakit hati seperti mana sakitnya perasaannya sekarang.

"I tahu diri I terlalu teruk, Azi. I tak pernah mengaku silap I. Tapi I punca hubungan you dan mama renggang."

"Andai kau terlalu bencikan aku, bencikan aku saja, Rawda dan bukan mama. Mama tak pernah bersalah dalam kesilapan aku terhadap kau, yang patut kau hukum adalah aku." Rawda cuba mendekati Azi. Derapan tapak kaki Rawda mengundurkan langkah Azi.

"Aku buat ini demi mama, selama ini cukup menyakitkan bagi aku dengar setiap kesedihan mama," sambung Azi lagi. Bukankah jelas hatinya sakit? Rawda harus menelan setiap perkataannya. Agar wanita itu tahu, bukan dia sahaja memiliki hati dan perasaan.

Cukuplah selama ini dia menjadi kebencian Rawda. Mendengarkan perkataan maaf itu membuatkan dirinya terbela.

"I tak tahu tujuan you, Ngah. Sikit pun I tak ada niat atas rasa benci I pada you." Dia benar-benar kesal. Dia selayaknya menerima setiap perkataan dari mulut lelaki itu.

Erisha dan Tengku Hael mendengar jelas perbalahan kata itu. Mukanya yang dipandang oleh Erisha membuatkan hatinya terasa malu. Tak seharusnya Erisha menyaksikan pergaduhan dua beradik itu lagi.

Tengku Hael menuju ruang makan, pegangannya yang penuh didaratkan ke atas meja. Satu plastik sahaja dibawa bersama ke arah Erisha.

"Kau naik bilik dulu," suruh Tengku Hael lalu memberikan plastik berisi makanan Erisha.

"Baik, awak."

Ketegangan itu tidak harus dia masuk campur. Tengku Hael juga memintanya ke bilik.

Kaki suaminya diatur ke ruang tamu hilang di sebalik pandangan dari arah tangga. Tengku Hael akan cuba menenangkan keadaan. Dia ditujah rasa kasihan terhadap Tengku Hael, lelaki itu sentiasa perlu meleraikan perbalahan mulut yang sering berlaku antara Azi dan Rawda. Mereka sudah dewasa, tidak patut lagi berselisih faham setiap kali merasakan ada yang tak kena, padahal berbincang adalah sebaiknya cara. Dia hanya berharap apa yang berlaku, dapat diselesaikan dengan baik.

"Aku benar-benar bersalah terhadap mama. Apa yang aku fikir ianya baik buat aku tapi sebaliknya mengecewakan mama," luah Azi masih tidak dapat menerima kata-kata mama yang kecewa dengan tindakannya.

Mencintaimu Hanya SeketikaWhere stories live. Discover now