MHS : 3

19.8K 1K 146
                                    

“OLEH yang demikian, tertuduh Muhammad Riffyaz Bin Yusuf, dituduh membunuh Tengku Kamarul Bin Tengku Fauzi

Йой! Нажаль, це зображення не відповідає нашим правилам. Щоб продовжити публікацію, будь ласка, видаліть його або завантажте інше.

“OLEH yang demikian, tertuduh Muhammad Riffyaz Bin Yusuf, dituduh membunuh Tengku Kamarul Bin Tengku Fauzi. Tertuduh akan ditahan buat sementara waktu sementara kes dalam siasatan.”

"Mahkamah bersurai," putus Hakim tersebut.

"Ayah, Risha tahu ayah tak bersalah! Tolong jangan tinggalkan Risha, ayah! Ibu Along, percayakan ayah! Ayah hanya ada kita!" Erisha memberontak sambil merayu agar ayahnya tidak meninggalkannya dan juga ibu iaitu Elina.

Izz tidak mampu mengeluarkan suara meskipun sepatah kata. Dia benar-benar tidak sanggup menelan kesemua tuduhan yang dijatuhkan ke atas ayahnya sebentar tadi.

Dia yakin ayahnya tidak bersalah. Untuk apa ayah membunuh orang? Dia masih ingat ayah ada bersama mereka pada malam itu.

Tapi tiba-tiba sekelip mata sahaja semuanya berubah. Mengapa?

Tangan Elina digoyangkan berkali-kali. Elina hanya mengalirkan air mata dan membisu sahaja. Izz memahami, dia segera menahan Erisha.

"Saya nak bercakap dengan anak saya sekejap," pinta Riffyaz pada kedua pegawai polis yang mengiring kanan dan kirinya.

Kedua-dua pegawai polis tersebut memandang sesama sendiri lalu menggangguk.

Pegawai polis itu mengundur kebelakang dan memberi Riffyaz ruang untuk bercakap.

"Elina…"

Saat namanya dipanggil dengan nada sayu itu, Elina lantas menoleh. Elina mengesat air matanya yang mengalir, lama dia menatap wajah suaminya itu dengan riak wajah yang sayu dan kecewa.

Namun, tidak lama kemudian dengan berat hati dia terpaksa menoleh semula ke hadapan. Libu hatinya. Dia tidak kuat melihat wajah lelaki paling dicintainya itu.

"Kita balik sayang," bisik Elina sambil mendukung anak perempuannya yang teresak-esak menangis.

Bukan niatnya untuk mengabaikan panggilan itu tetapi dia lebih takut jikalau hatinya tidak tabah untuk menempuh hari-hari seterusnya tanpa suaminya.

"Izz Amsyar, Syalia Erisha."
Tika itu terus jatuh air mata Izz apabila mendengar Riffyaz memanggil namanya dengan nama penuh.

Dia lantas menoleh.

"Ibu, ayah panggil Risha ibu!" Erisha meronta-ronta minta dilepaskan. Dia hanya mahukan ayahnya.

"Ayah!" Berderaian air di tubir mata Erisha. Air mata mengalir membasahi pipi gebu milik Erisha.

Erisha berlari mendapatkan ayahnya setelah Elina rela melepaskannya.

Izz menghampiri Riffyaz. Jelas di wajah Riffyaz kesedihan yang memilukan hatinya.

Erisha dan Izz terus memeluk bahu Riffyaz. Teresak-esak mereka berdua menghamburkan tangisan.

"Ayah, ayah tak buat… kan semua tu?" bisik Erisha tersedu-sedan di telinga Riffyaz menanyakan pada Riffyaz soalan itu.

Mencintaimu Hanya SeketikaWhere stories live. Discover now