MHS : 20

12K 596 31
                                    

“PAK Ngah akan beri ruang untuk Risha beritahu kepada ibu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

“PAK Ngah akan beri ruang untuk Risha beritahu kepada ibu. Pak Ngah tak mahu Lia berahsia terlalu lama, nanti bila ibu tahu daripada mulut orang lain, bertambah rumit Lia kena tanggung. Dengan ibu terkilan dengan Lia, Lia sendiri tahu berapa lama Lia cuba untuk dapatkan hati ibu semula,” pesan Encik Razlan demi menghindarkan Erisha daripada melukakan hati Elina lagi. Erisha memberitahunya, Elina tidak mahu Erisha mewujudkan rasa lagi buat Hael. Andai Elina tahu pasti hancur sekali lagi hubungan mereka.

Dia masih ingat kegembiraan Erisha saat menceritakan kepadanya tentang hubungannya dengan ibunya sudah menjadi baik. Encik Razlan enggan hubungan dua insan itu menjadi renggang semula. Erisha lebih tahu, bertahun dia berusaha untuk Elina menerimanya.

“Lia akan beritahu ibu bila tiba masa yang sesuai.” Erisha bersuara perlahan. Siapa sahaja mampu bergembira walaupun hari ini hari bahagia buat semua pengantin. Tetapi bukan dia.

“Pak Ngah faham dengan keputusan Lia. Lia masuklah kemudian berehat,” suruh Encik Razlan sambil mengusap belakang kepala anak saudaranya itu. Lantaran itu, dia berpaling. Tiada apa hendak dibahaskan lagi. Mustahil hatinya tidak terkilan dengan apa yang telah terjadi.

“Pak Ngah tak marahkan Lia, kan?” tanya Erisha sebelum Encik Razlan memboloskan tubuh ke dalam kereta.

Encik Razlan hanya memandang. Sebarang kata tidak diungkap.

“Lia...” Erisha ingin merapati Encik Razlan, tetapi Encik Razlan bersuara.

“Pak Ngah tak marahkan Lia. Cuma Pak Ngah nak Lia tahu Pak Ngah sentiasa mahukan yang terbaik bagi Lia, tapi apa yang sudah jadi hari ini ialah sejarah yang melukakan lagi buat Lia. Memang Lia salah. Tapi pernah tak Lia fikir tentang diri Lia sebelum Lia nak utamakan orang lain?

Ibu mertua Lia cuma mahu hubungan Lia dan Hael bersatu semula sedangkan yang akan menanggung ketegangan andai tak sehaluan, bukan dia. Dan kalau tentang wang ringgit yang mereka keluarkan untuk majlis jika mereka hendak kita bertanggungjawab, Pak Ngah boleh bayar. Lia tak bebankan Pak Ngah, demi masa depan Lia, Pak Ngah sanggup berikan berapa wang pun yang mereka mahu. Tapi kenapa pilihan Lia tetap untuk menjadi isteri kepada lelaki yang pernah Lia lakukan kesilapan? Hati lelaki lebih keras daripada hati perempuan, Lia.

Silap langkah, lelaki tu boleh jadi agresif, panas baran terhadap Lia seperti Khairi.” Akhirnya Encik Razlan meluahkan segala yang terbuku dalam hatinya. Berkali-kali dia cuba menerima hakikat bahawa Erisha menjadi isteri kepada lelaki angkuh bernama Tengku Hael tadi.

Sayu Erisha menunduk wajah lalu dia mendongak perlahan. Pandangannya dibuang ke arah lain, hanyut air matanya ke pipi.

“Lia dah jadi isteri Hael, Lia kena banyak bersabar dalam mendapatkan hati dia semula. Pak Ngah sentiasa doakan kebahagiaan buat Lia. Sebesar manapun Pak Ngah rasa terkilan, lebih terkilannya hati seorang ibu. Tewasnya seorang wanita bila adanya anak, Lia juga tahu itu.

Mencintaimu Hanya SeketikaWhere stories live. Discover now