MHS : 69

5.3K 212 4
                                    

ERISHA laju ingin menyentuh.

“Tak perlu.” Tengku Hael menunduk.

“Abang, Risha minta maaf. Risha tak sangka jadi macam ni, abang. Maafkan Risha abang, tolong maafkan Risha.” Erisha cuba meraih wajah Tengku Hael agar mendongak menatapnya, namun Tengku Hael keras di posisi.

“Risha sangka apa? Sangka yang abang ni penurut? Turut je Risha? Sampai dah balik dah ada depan Risha sekarang ni. Puas buat abang macam ni? Dah tenang hati tu tengok abang mudah dipermainkan?”

“Kenapa diam? Jawablah. Jawab abang tanya,” desak Tengku Hael tegas. Terguris hatinya dengan cara Erisha.

“Risha cuma nak abang balik. Abang tak risaukan Risha ke? Rawda dan Azi tak ada, mama pun tak ada.”

“Risha fikir abang ni teruk sangat ke? Abang ada je depan rumah ni. Risha ingat abang sanggup biar Risha seorang diri? Dalam keadaan macam ni? Abang cuma nak ajar Syalia Erisha yang langsung tak pentingkan keselamatan diri dan anak! Tapi abang silap, abang yang diajar. Diajar jadi suami yang mudah dipermainkan dan diajar jadi suami yang mudah diperbodohkan.”

Tengku Hael terus mencempung Erisha. Dia enggan lagi bertengkar.

Erisha menghamburkan tangisan di dalam dakapan Tengku Hael. Dia cuma mahu Tengku Hael pulang. Dia ketandusan kata untuk memujuk.

Sedih apabila Tengku Hael hanya menyarungkan selimut mendaratkan tubuhnya kemudian menuju ke ruang solat.

Erisha tetap bangun, selimut diketepikan. Dia turun dari katil seraya menapak ke ruang solat.

“Tidurlah dengan Risha, abang. Risha nak tidur dalam pelukan abang,” pinta Erisha, dia berdiri di antara ruang bilik dan ruang solat itu. Dia hendak mendekat tetapi Tengku Hael berusaha menutup laluannya dengan pergerakan sedang menghamparkan alas.

“Risha buat macam tak ada apa jadi, kan? Ingat abang tak ada hati?”

“Risha minta maaf abang, Risha nak abang balik. Dari petang Risha tunggu abang balik, sekarang sampai dah pagi.” Dalam sebak Erisha bersuara, jarinya menunjuk ke arah muka jam di dinding.

“Siapa suruh nak keluar dalam keadaan sarat macam ni? Abang bukan tak pesan, Syalia Erisha. Abang pesan, abang call Risha hampir setiap jam nak pastikan keadaan Risha. Abang tak expect, setidaknya pandanglah apa yang abang usaha kalau tak nak peduli pasal keadaan diri sekalipun.”

Pilu nada itu meresap ke tubuhnya. Erisha makin dihurung rasa bersalah. Dia betul-betul rasa nak meraung!

“Risha pentingkan diri sendiri. Maafkan Risha abang.”

“Abang tahu Risha buat ikut suka Risha sebab abang bagi muka. Setiap kali abang larang, Risha tak akur, abang ikut je kemahuan Risha. Sampai Risha tak sedar apa yang Risha buat memudaratkan diri.  Risha nak apa jadi lagi baru Risha nak sedar?”

“Janganlah cakap macam tu abang. Risha tak nak apa-apa jadi. Risha yang punca, Risha tetap nak buat apa yang abang dah larang. Risha...”

“Risha degil, apa abang boleh buat lagi untuk hakis sikap tu? Abang ni ke yang terlalu ikutkan kemahuan Risha? Kalau Risha rasa kemahuan Risha terbatas sebab status abang sebagai suami dan terbatas sebab Risha mengandung, izinkan abang buat benda luar batas jugak macam Risha. Jadi akan adil. Contohnya macam abang terima je sesiapa yang boleh dengar cakap abang.”

“Abang!” Kakinya terasa lemah.

“Dah tu? Kesiankan jugak la dengan abang, abang bagi effort, Risha ada hargai? Abang risaukan Risha, ada Risha peduli? Risha bosan? Abang ada dengan Risha, teman Risha walaupun bukan di sisi, tapi Risha cakap je nak abang balik, abang boleh balik. Tak cakap pun abang boleh balik. Tapi semua tu Risha tak mahu dari abang sebenarnya. Risha cuma nak apa yang Risha nak je, macam kerja. Kerjalah, abang pulak nak jugak apa yang abang nak, nak orang yang appreciate abang.”

Mencintaimu Hanya SeketikaWhere stories live. Discover now