Bab 70

14.8K 518 224
                                    

Ehem hai semua. Bab kalini panjang tau 7K. Hehe semoga enjoy. Tiada lagi Areena dan Rayyan.

Lagu di atas pasang bila ayna suruh pasang.

****

3 bulan kemudian,

Areena membaringkan tubuhnya di atas katil yang empuk itu lalu dia berguling di atas katil untuk menghilangkan debaran. Esok adalah penentuannya. Harap harap result dia elok, kalau boleh nak straight A's. Areena mengambil bantal lalu wajahnya disembam di atas bantal. Dia menjerit sekuat hati.

Takutnya.

Rayyan yang baru sahaja mandi memandang pelik ke arah isterinya. Rambut yang basah dilap kering. Badannya terdedah. Rayyan menuju ke Areena lalu bahu Areena dipegang.

"Sayang okay tak ni? Gaya macam ulat bulu je. Tergedik sana tergedik sini." Sedas Rayyan berkata manakala dia sudah melabuhkan punggungnya di atas katil iaitu bersebelahan Areena. Areena mengangkat kepala. Matanya memandang Rayyan tajam tapi fokusnya teralih kepada perut Rayyan yang berketul-ketul.

"Sayang tengok apa tu?" Soal Rayyan lalu tangannya menutup perutnya. Pandangan tajam Areena cukup membuatkan dia gerun. Macamlah dia tak tahu si Areena ni semakin lama semakin nakal. Sedikit sebanyak dia rasa Areena semakin miang.

Wajah Areena cemberut.

"Awak kenapa tutup perut awak?" Soal Areena tidak puas hati. Dia baru je nak tergoda tiba-tiba dah ditutup.

Rayyan terdiam.

"Ni kenapa nakal semacam ni? Dah macam Jelly, tahu tak?" Ujar Rayyan sedikit membebel. Areena mencebik bibir. Ada ke patut samakan dia dengan Jelly? Euw.

"Salah ke saya nakal dengan suami saya yang terchenta?" Soalan Areena membuatkan Rayyan tersenyum nakal. Wajahnya mendekati wajah Areena. Hembusan nafas Rayyan jelas didengari oleh Areena.

"Nak nakal macam mana em?"

Gulp

"Cubit-cubit ke? Tak salahkan?" Ujar Areena berdebar. Mata sudah memandang ke arah lain. Jantungnya berdegup dengan kencang.

Rayyan mengangguk kecil. Tangan Areena diambil lalu diletakkan ke atas perutnya yang berketul. Tak semena-mena jeritan Areena bergema di dalam kamar tidur mereka. Akibat terkejut dengan jeritan Areena, tangan kiri Rayyan tidak sengaja mengetuk kepala Areena.

"Auch, sakitlah!"

"Siapa suruh menjerit?"

"Aaa saya excited dapat pegang secara realiti, selalunya bermimpi je tau. Aumm sexynya suami saya ni." Ujar Areena sedikit teruja. Tangannya ligat menyentuh abs Rayyan.

Sekali pegang nak lagi, macam roti.

"Kalau nak gigit boleh tak?"

Rayyan memandang Areena yang tersengih kerang busuk.

"Gigit apa?"

"Ni." Jari runcing Areena menunjuk ke arah ketulan yang berada di perut Rayyan. Macam roti.

"Mana boleh sayang." Ujar Rayyan lalu menjauhkan diri oleh Areena. Kenapa isterinya semakin miang keladi ni? Dia sebagai lelaki terasa tidak selamat bila bersama Areena.

"Nak gigit please! Macam roti. Sedap!" Areena menjilat bibirnya, ibu jari diangkat. Tangannya memeluk perut Rayyan lalu.

"Argh sayang jangan gigit abanglah!"

She's mine (C)Where stories live. Discover now