Bab 08

12K 594 25
                                    

"Kau jumpa siapa tadi?" soal Farhan bila Rayyan dan Irfan sudah duduk di depannya.

"Kawan" ujar Rayyan sepatah dan ia membuatkan Farhan ingin tahu lagi.

"Irfan jumpa siapa tadi?" soal Farhan lagi tak menyabar eh kau. Irfan hanya memberi isyarat call dan bibirnya mengatakan 'Nanti aku cerita dekat kau'.

"Okay" ujar Farhan dengan isyarat tangan.

"Aku dah mereput dekat sini " sampuk Hairul sekian lama berdiam diri seperti tunggul kayu kekadang rasa tak wujud kehadiran Hairul ni.

"Nak pergi mana nanti?" soal Rayyan dan memandang wajah rakannya yang kacak. Perasan betul.

"Kita makan dessert" ujar Irfan menjawab soalan Rayyan

"Baskin Robbins" ujar Farhan

"Okay cun aku pun rasa nak makan ais-krim" ujar Hairul sambil membayangkan ais-krim Baskin Robbins yang enak, lazat, manis dan cair. Terliur la pula.

"Rul oh Rul kene sampuk ke yang sengeh ni?" Farhan sambil melambaikan tangannya dihadapan Hairul.

"Kau gila ke Rul? first time tengok pakcik dingin sengeh" ujar Irfan sambil mengusap dagu memikirkan tentang Ainna. Eh?? terfikir pula.

"Kau nak ni?" soal Hairul sambil menunjukkan penumbuknya.

"Taknak, taknak" ujar Irfan acah takut.

Selepas mereka siap makan Subway mereka berempat terus menuju ke destinasi seterusnya iaitu Baskin Robbins.

****

"Rayyan kata la kau jumpa siapa?" tanya Farhan

"K A W A N" eja Rayyan satu-satu

"Takpe lah kalau kau taknak kata" ujar Farhan sambil menjeling Irfan. Eh kesian crush Ainna.

"Kau nak aku korek mata kau ke?" tanya Irfan

"Tak ah. Rul kau pregnant ke dari tadi makan ais krim?" tanya Farhan tukar topik

"Lelaki tak mengandung" jawab Hairul

Tiba-tiba muncul 4 orang gadis memasuki Baskin Robbins dan ia membuatkan separuh perhatian yang berada di 4K kini kearah 4 gadis itu. Siapa 4 gadis itu?

'Areena dengan aku jodoh ke macam mana ni? asyik jumpa je?' soal Rayyan dalam hati

'Cantiknyaa crushku Ainna' omel Irfan sambil leka melihat Putri Ainna Damia

'My princess Raja Hanis Zalikha comel' ujar Farhan dalam hati

Hairul? fokus terhadap ais krim.

"Wei, BG!" ujar Farhan sambil tangannya mengetuk meja berkali-kali.

"BG siapa?" soal Rayyan

"Tu" ujar Farhan sambil menunjukkan ke arah Areena, Ainna, Batrisya, Hanis.

"Oh" ujar Rayyan malas nak ambil tahu pasal BG pandai-pandai la dia korek dekat Areena atau Irfan.

****

"Let's go nanti kita shopping eh?" tanya Batrisya

"Iya la Isya" ujar Areena mood harini kurang baik bagi gadis seperti Areena asyik-asyik jumpa Rayyan

"Weh Isya 4K!" ujar Ainna sambil menunjuk kearah meja makan itu. Areena sudah lama tahu kewujudan Rayyan.

"Bosan ah korang ni asyik-asyik 4K aku tak kenal pun 4K tu and sekarang ni aku lapar nak makan ais krim jom duduk hujung tu privacy sikit." sampuk Hanis dan menuju ke meja itu.

She's mine (C)Where stories live. Discover now